Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 45 SEKTOR ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK, ICT, JENTERA DAN PERALATAN SEMICON West adalah ITF utama di rantau Amerika Utara khusus bagi industri semikonduktor dan mikroelektronik. Pada edisi 2024, sebanyak 10 syarikat pempamer Malaysia telah menyertai pameran ini yang merupakan penyertaan MATRADE bagi kali ke-15. Penyertaan Malaysia dalam pameran ini bertujuan mempromosi secara intensif produk dan perkhidmatan berkaitan semikonduktor di AS dan negaranegara serantau. Sebanyak 167 sesi padanan perniagaan telah diatur di antara pengeksport Malaysia dan pembeli berpontensi dari AS, Jepun, Mexico, Taiwan, India dan negara-negara lain. Sejumlah RM258.03 juta jualan eksport telah dijana sepanjang pameran berlangsung. Antara produk dan perkhidmatan yang dipromosikan adalah sistem pemeriksaan optik automatik (AOI), sistem pengendalian wafer, komponen kejuruteraan dan pemesinan berketepatan tinggi, perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS), serta perkhidmatan pembungkusan papan litar bersepadu. TGS merupakan antara ITF utama di dunia bagi animasi dan permainan video. MATRADE bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah mengkoordinasi penyertaan 10 syarikat pempamer di TGS. Penyertaan Malaysia kali ke-8 ini bertujuan mempromosi produk dan permainan video terkini serta mencari peluang kerjasama strategik dengan rakan kongsi di pasaran Jepun dan global. Sesi padanan perniagaan telah diatur antara syarikat Malaysia dan pembeli luar negara dengan RM300.49 juta jualan eksport dijana sepanjang pameran berlangsung. Antara syarikat pempamer Malaysia yang turut serta adalah Ammobox Studio dan Todak Studio (pembangunan permainan video), Magnus Games Studio (penciptaan dan penjualan IP), Adticles (pembangunan pengalaman realiti maya dan realiti terimbuh) serta Bear Down Studio (perkhidmatan ilustrasi 2D dan konsep permainan). Astaka Malaysia di SEMICON West 2024 Astaka Malaysia di Tokyo Game Show (TGS) 2024 San Francisco, Amerika Syarikat (AS) Chiba, Jepun 9-11 Jul 2024 26-29 Sept 2024 10 Syarikat Malaysia 10 Syarikat Malaysia Jumlah jualan eksport RM258.0 juta Jumlah jualan eksport RM300.5 juta Syarikat pempamer Malaysia di SEMICON West 2024 Syarikat pempamer Malaysia di TGS 2024
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0