Laporan Tahunan MATRADE 2024 46 SEMICON SEA merupakan pameran perdagangan antarabangsa terbesar bagi industri semikonduktor dan mikroelektronik di Asia Tenggara. INSP bersempena SEMICON SEA 2024 yang dikoordinasi oleh MATRADE sejak tahun 2015 bertujuan meningkatkan eksport produk dan perkhidmatan E&E bernilai tinggi sebagai pemacu pembangunan ekonomi Malaysia. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program termasuk sesi padanan perniagaan antara 34 pengeksport Malaysia dengan 15 pembeli dari Taiwan, China, Singapura, Lubnan dan Jerman, sourcing talks, pocket talks. Turut diadakan adalah RTM bersama pemegang taruh industri dan sesi networking bersama pemain industri. Produk dan perkhidmatan utama termasuklah pemasangan, pembungkusan dan pengujian semikonduktor (OSAT), & perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS), peralatan ujian automatik (ATE), komponen elektronik automotif, sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) untuk kenderaan elektrik/ kenderaan autonomi (EV/AV), internet bagi peranti perubatan (IoMT) serta penyelesaian kilang pintar dan pertanian pintar. ITAP 2024 merupakan ITF berkaitan pembuatan termaju di AsiaPasifik. MATRADE dengan kerjasama Constellar Exhibition Pte. Ltd. menyelaras penyertaan dua (2) syarikat Malaysia dalam acara ITAP, bertujuan mempamerkan keupayaan pemain industri Malaysia serta teknologi terkini dalam transformasi digital sektor pembuatan. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah sesi padanan perniagaan, sesi pembentangan dan sesi rangkaian perniagaan. Sebanyak 115 pertanyaan perdagangan telah direkod oleh pempamer Malaysia daripada pelawat perdagangan dari Singapura, Thailand dan Iraq. Sejumlah RM44.24 juta jualan eksport telah dijana sepanjang pameran berlangsung. Antara produk dan perkhidmatan yang dipromosikan adalah suis, pemutus litar elektronik, sistem pemeriksaan visual dan sistem automasi berasaskan kecerdasan buatan. IEMI 2024 merupakan ITF berkaitan industri elektronik. MATRADE dengan kerjasama IPC India menyelaras penyertaan tujuh (7) syarikat Malaysia dalam acara ini, untuk mempromosi dan mempamerkan keupayaan syarikat Malaysia dalam bidang teknologi dan inovasi terkini terutama bagi sektor elektronik dan semikonduktor. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah sesi padanan perniagaan, sesi panelis dan sesi rangkaian perniagaan. Sebanyak 59 sesi padanan perniagaan telah dilaksanakan antara pengeksport Malaysia dengan pembeli asing dari Singapura, AS, Australia, India, Bangladesh, Sri Lanka, Afrika Selatan, dan Hong Kong SAR. Sejumlah RM12.88 juta jualan eksport telah dijana sepanjang pameran berlangsung. Antara produk dan perkhidmatan yang dipromosikan adalah papan litar bercetak, litar bercetak fleksibel & substrat semikonduktor, jentera pematerian robotik, mesin acuan dan perkhidmatan kitar semula sisa elektronik. Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) bersempena SEMICON Southeast Asia (SEA) 2024 Penyertaan dalam Industrial Transformation Asia-Pacific (ITAP) 2024 – Kerjasama strategik dengan Constellar Exhibition Pte Ltd Penyertaan dalam Integrated Electronics Manufacturing & Interconnections (IEMI) Bengaluru, India 2024 – Kerjasama strategik dengan Institute of Printed Circuits (IPC) India Kuala Lumpur, Malaysia Singapura Bengaluru, India 28-30 Mei 2024 14-16 Okt 2024 29-30 Jul 2024 34 Syarikat Malaysia 2 Syarikat Malaysia 7 Syarikat Malaysia Jumlah jualan eksport RM311.21 juta Jumlah jualan eksport RM44.2 juta Jumlah jualan eksport RM12.88 juta Lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia dan YB Menteri MITI ke Astaka Penyumberan Antarabangsa Sesi padanan perniagaan di antara Syarikat Malaysiaa dan Pembeli Asing
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0