Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 47 IEMI Penang 2024 merupakan acara tahunan berkaitan industri elektronik. MATRADE dengan kerjasama IPC India menyelaras penyertaan sembilan (9) syarikat Malaysia dalam acara INSP IEMI, bagi mempromosi keupayaan syarikat Malaysia dalam bidang teknologi dan inovasi terkini dalam sektor elektronik. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah sesi padanan perniagaan, sesi panelis dan sesi rangkaian perniagaan. Sebanyak 200 sesi padanan perniagaan telah dilaksanakan antara pengeksport Malaysia dengan 29 pembeli dari 10 buah negara termasuk Singapura, Viet Nam, Filipina, Hong Kong SAR, Jepun, India, Sepanyol, Afrika Selatan, Mesir dan Australia. Antara produk dan perkhidmatan yang dipromosikan adalah jentera & peralatan untuk industri semikonduktor, komponen & bahagian berketepatan tinggi, papan litar bercetak, perkhidmatan pembuatan elektronik, kabel dan pendawaian bersepadu. TIM ke Belanda merupakan program kerjasama di antara Malaysia Semiconductor Industry Association (MSIA) dengan MATRADE dan MIDA. INSP ini bertujuan menggalakkan kerjasama antarabangsa antara Malaysia dan Belanda, dan menarik pelaburan dari Belanda ke Malaysia dalam bidang teknologi tinggi, khususnya dalam industri semikonduktor. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah sesi padanan perniagaan, lawatan industri dan sesi rangkaian perniagaan. Sebanyak 12 sesi padanan perniagaan telah dilaksanakan antara lapan (8) pengeksport Malaysia dengan 10 syarikat Belanda. Sejumlah RM1.97 juta jualan eksport telah dijana sepanjang program berlangsung. Antara produk dan perkhidmatan yang dipromosikan termasuk jentera & peralatan, Internet of Things (IoT) Solution, sistem pembersihan, komponen logam serta alat ganti jentera & peralatan. Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) bersempena Integrated Electronics Manufacturing & Interconnections (IEMI) 2024 Padanan perniagaan sempena Misi Pelaburan dan Perdagangan (TIM) ke Belanda Pulau Pinang, Malaysia Eindhoven, Belanda 24 – 25 Jul 2024 16 – 20 Sept 2024 9 Syarikat Malaysia 8 Syarikat Malaysia Jumlah jualan eksport RM1.97 juta INSP E&E merupakan aktiviti promosi eksport secara hibrid yang dilaksanakan sepanjang tahun 2024 bagi barangan E&E dan semikonduktor. Program yang dilaksanakan di bawah INSP E&E adalah padanan perniagaan antara syarikat Malaysia dan pembeli daripada AS, Kanada dan Croatia. Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) Elektrikal dan Elektronik (E&E) Kuala Lumpur, Malaysia 1 Jan – 31 Dis 2024 9 Syarikat Malaysia
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0