Laporan Tahunan MATRADE 2024 52 MIHAS adalah program utama anjuran MATRADE bagi menerajui agenda pengantarabangsaan produk dan perkhidmatan Halal Malaysia terutamanya oleh PMKS tempatan ke persada dunia. Sebagai pameran industri Halal terbesar dunia, MIHAS adalah pelengkap kepada ekosistem Halal negara dengan menjadi platform perdagangan terbaik untuk pengeluar, pembekal dan pengedar produk dan perkhidmatan Halal dari seluruh dunia berhimpun dan menjalin kerjasama di antara mereka. MIHAS edisi ke-20 (MIHAS 2024) telah dianjurkan dari 17 hingga 20 September 2024 di MITEC dengan tema ‘Mengglobalisasi Inovasi Halal’. Penyertaan para pemain industri dari 66 buah negara menerusi 2,028 reruai serta kunjungan 43,353 pelawat dari dalam dan luar negara telah menjadikannya edisi terbesar semenjak pelaksanaannya pada tahun 2004 di sepanjang penganjuran pameran ini. MIHAS 2024 telah dianjurkan secara hibrid yang menggabungkan format fizikal dan maya bagi meneruskan momentum agenda pendigitalan industri Halal. Pameran MIHAS 2024 telah mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM4.30 bilion. 14 kluster utama industri Halal telah ditampilkan pada edisi ini antaranya seperti makanan dan minuman, fesyen santun dan gaya hidup, kosmetik dan penjagaan diri, teknologi makanan dan pembungkusan, kewangan islam dan fintech, media dan rekreasi, peruncitan dan francais, hospitaliti dan pelancongan mesra muslim, farmaseutikal dan perubatan, pendidikan, e-Dagang, kesenian dan kraf tangan islam, perkhidmatan dan pemudah cara industri dan ramuan halal. Selain daripada penganjuran pameran produk dan perkhidmatan Halal secara hibrid, edisi ini turut meneruskan penganjuran komponen-komponen utama lain MIHAS iaitu INSP, Hab Pengetahuan dan Anugerah MIHAS. Pengiktirafan ‘UFI Approved International Event’ daripada The Global Association of the Exhibition Industry (UFI) membuktikan tahap kualiti MIHAS adalah setara pameran bertaraf antarabangsa lain di seluruh dunia. Selain daripada itu, MIHAS turut menerima pengiktirafan oleh Guinness World Records (GWR) sebagai ‘The Largest Attendance for a Halal Trade Show’ untuk kehadiran seramai 38,566 pelawat bagi MIHAS 2023. Berikutan kejayaan MIHAS sepanjang tempoh penganjurannya semenjak tahun 2004, jenama besar MIHAS telah mengalami transformasi baharu apabila ia buat julung kalinya telah dianjurkan di luar negara bersempena Pameran Middle East Organic and Natural Product Expo Dubai di Dubai World Trade Centre (DWTC) pada 18 hingga 20 November 2024. Majlis Perasmian MIHAS@Dubai 2024 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sebanyak sepuluh (10) kluster utama telah diketengahkan iaitu makanan dan minuman, teknologi makanan dan pembungkusan, farmaseutikal dan medikal, kosmetik dan penjagaan diri, fesyen santun dan gaya hidup, pertanian dan persekitaran, kelestarian hidup, peruncitan dan francais, e-Dagang dan perkhidmatan dan pemudah cara. MIHAS@Dubai 2024 juga telah merekodkan penyertaan oleh 215 pempamer melalui 204 reruai. Penglibatan dan kehadiran pemain-pemain industri tempatan yang terbabit di dalam industri Halal adalah memberangsangkan yang mana ia merupakan perkembangan positif untuk MATRADE meneruskan usaha pengukuhan industri Halal negara di peringkat antarabangsa. Secara keseluruhan, pameran MIHAS@Dubai edisi pertama telah berjaya memperoleh jualan sebanyak RM2.20 bilion, dimana RM1.06 bilion direkodkan oleh pempamer dan RM1.14 bilion adalah merupakan jualan daripada INSP, yang melibatkan lebih 100 pembeli termasuk 20 pembeli premium. Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 Pameran Halal Antarabangsa Malaysia di Dubai 2024 (MIHAS@Dubai) Kuala Lumpur, Malaysia Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) 17 - 20 Sept 2024 18 – 20 Nov 2024 2,028 reruai 215 Syarikat Malaysia Jumlah jualan exkport RM4.30 bilion Jumlah jualan exkport RM2.20 bilion
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0