Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 53 10 syarikat Malaysia SEKTOR MINYAK & GAS, KIMIA DAN TENAGA MATRADE telah menganjurkan INSP secara hibrid dengan kerjasama strategik Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), sempena IGEM 2024. INSP ini memberi fokus kepada pemadanan perniagaan bagi produk dan perkhidmatan berasaskan teknologi hijau. Dengan kerjasama pejabat MATRADE di luar negara, program ini berjaya mengumpulkan 10 pembeli dari sembilan (9) negara dengan matlamat untuk mempromosikan penyelesaian hijau Malaysia di peringkat antarabangsa, memperkukuh kerjasama strategik dengan pihak MGTC, menjana peluang perniagaan baharu, mempelbagaikan pasaran, dan menempatkan Malaysia sebagai hab teknologi hijau serantau. Sebanyak 15 sesi padanan perniagaan antara syarikat Malaysia dan pembeli antarabangsa telah berjaya menghasilkan potensi jualan mencecah RM108.61 juta, mencerminkan minat yang kukuh terhadap produk dan teknologi hijau Malaysia. INSP secara maya bagi kimia dan bahan kimia telah dilaksanakan sebagai satu inisiatif tanpa kos sepanjang tahun 2024. Objektif utama program ini adalah untuk menghubungkan pengeksport kimia dan bahan kimia Malaysia dengan pembeli luar negara serta menjana peluang perniagaan dan pertanyaan baharu bagi produk ini. Sepanjang tempoh pelaksanaannya, sebanyak 12 sesi padanan perniagaan telah berjaya diatur, melibatkan 11 pembeli antarabangsa dan 10 syarikat Malaysia, menghasilkan jualan keseluruhan sebanyak RM110.20 juta. Antara produk utama yang menjadi permintaan termasuk diesel, naphtha, pelincir, benzena, sulfur, dan oleokimia. Program ini telah berjaya mencapai objektifnya dengan menyediakan platform yang berkesan kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk mengembangkan kehadiran mereka di pasaran antarabangsa serta meneroka peluang pasaran baharu. Secara keseluruhannya, INSP ini telah berjaya mencapai objektifnya. Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) bersempena International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) Bagi Kimia dan Bahan Kimia 2024 Kuala Lumpur, Malaysia Kuala Lumpur, Malaysia Potensi jualan RM108.61 juta Pencapaian jualan RM110.20 juta 15 sesi padanan perniagaan 12 sesi padanan perniagaan Mesyuarat yang dijalankan secara maya dijalankan antara Pembeli Antarabangsa dan Penjual Malaysia dengan Pegawai MATRADE dari Argentina, Santiago dan Ibu Pejabat serta Johannesburg dan Ibu Pejabat 1 Jan – 31 Dis 2024 1 Jan – 31 Dis 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0