Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 55 SEKTOR MINYAK & GAS, KIMIA DAN TENAGA UNIT ALAM SEKITAR, SOSIAL DAN TADBIR URUS (ESG) Melalui mandat yang diberikan di bawah NTBp bagi tahun 20212025, MATRADE terus melibatkan agensi-agensi kerajaan termasuk kementerian dan kerajaan negeri untuk memupuk kesedaran mengenai ESG dan kelestarian melalui GSEP. Ia adalah program pembangunan kapasiti yang direka khusus untuk memberi pendedahan dan panduan kepada penjawat awam daripada kementerian, agensi kerajaan dan kerajaan negeri untuk meningkatkan pemahaman mengenai isu-isu kelestarian dan ESG. MATRADE telah bekerjasama dengan beberapa kementerian, agensi kerajaan, dan kerajaan negeri, termasuk MITI, Kementerian Sumber Manusia, dan Kerajaan Negeri Johor, untuk melaksanakan GSEP. Pada tahun 2024, MATRADE berjaya melatih 200 penjawat awam mengenai ESG dan kelestarian dengan kerjasama organisasi antarabangsa seperti Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, United Nations Development Programme (UNDP) dan Responsible Business Alliance (RBA). Dengan memupuk kesedaran, membina kapasiti, dan bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk organisasi antarabangsa, GSEP meningkatkan pengetahuan dan pemahaman penjawat awam untuk menyumbang kepada matlamat kelestarian negara dalam konteks perdagangan antarabangsa dan penggubalan dasar. GxSCI merupakan satu langkah proaktif dan penting dalam memperkukuhkan daya saing eksport Malaysia di pasaran global yang semakin menitikberatkan aspek kelestarian. GxSCI dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan termasuk kumpulan industri, persatuan perniagaan, dan pembeli. Pelaksanaan GxSCI adalah bertujuan untuk membimbing dan mempersiapkan pengeksport Malaysia, terutamanya PKMS, untuk memenuhi piawaian kelestarian antarabangsa bagi kelancaran eksport. Melalui inisiatif ini, pengeksport Malaysia didedahkan dan dibimbing dengan maklumat penting tentang piawaian kelestarian di pasaran antarabangsa, risiko pasaran, bantuan kewangan dan pembiayaian serta pelaporan kelestarian. Bagi tahun 2024, MATRADE telah menganjurkan sebanyak 50 program kesedaran ESG di bawah GxSCI dengan penyertaan sebanyak 1,500 syarikat PKMS. Secara keseluruhannya, GxSCI akan diteruskan sebagai satu langkah strategik untuk memastikan eksport Malaysia kekal relevan dan berdaya saing di pasaran antarabangsa yang semakin menekankan elemen kelestarian. MATRADE akan terus memainkan peranan penting dalam memacu transformasi rantaian bekalan eksport Malaysia dengan menganjurkan program yang berasaskan “adoption” dan memberikan bimbingan kepada pengeksport. Program Libat Urus Kelestarian Kerajaan (GSEP) Inisiatif Penghijauan Rangkaian Bekalan Eksport (GxSCI) Kuala Lumpur, Malaysia Kuala Lumpur, Malaysia 1 Jan – 31 Dis 2024 1 Jan – 31 Dis 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0