Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Laporan Tahunan MATRADE 2024 56 SEKTOR GAYA HIDUP & SAINS HAYAT Arab Health 2024 merupakan acara perdagangan terbesar di rantau MENA dalam sektor perubatan dan kesihatan, dengan lebih 55,000 pengunjung dan 3,600 pempamer dari 78 negara. Malaysia, melalui penyertaan berterusan MATRADE kali ke19, menghantar 14 syarikat pempamer yang mempamerkan produk dan perkhidmatan kesihatan berinovasi tinggi, termasuk peranti perubatan, farmaseutikal dan kesihatan digital. Penyertaan ini membuahkan hasil yang memberangsangkan dari segi potensi jualan, pengukuhan jenama, hubungan perdagangan, dan jaringan antarabangsa, membuktikan bahawa produk dan perkhidmatan kesihatan Malaysia mampu bersaing di peringkat global sejajar dengan aspirasi negara menjadi peneraju industri kesihatan, farmaseutikal, dan teknologi perubatan. Astaka Malaysia Di Pameran Perdagangan Antarabangsa (ITF) Arab Health 2024 Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) 29 Jan – 1 Feb 2024 Jumlah jualan eksport RM280 juta Jumlah jualan eksport RM50.45 juta 14 Syarikat Malaysia 30 Syarikat Malaysia Pempamer Malaysia di Pameran Arab Health 2024 Sesi pembentangan bertajuk bertajuk Malaysia’s Thriving Healthcare Sector: A Pillar of Progress 198 sesi padanan perniagaan 95 sesi padanan perniagaan MATRADE telah bekerjasama dengan Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd untuk melaksanakan INSP sempena pameran SEACare 2024 pada 17 hingga 19 April 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bertujuan mempertemukan syarikat Malaysia dengan pembeli antarabangsa, khususnya dalam sektor perubatan dan penjagaan kesihatan. Program ini berjaya menarik lapan pembeli dari lima negara iaitu Thailand, Viet Nam, UAE, Zambia, dan Zimbabwe, serta melibatkan 30 syarikat Malaysia yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kesihatan. Sepanjang program, 95 sesi padanan perniagaan telah diatur dengan nilai potensi jualan berjumlah RM50.45 juta, di mana produk seperti picagari, jarum suntikan, tiub pengumpulan darah dan tournikuet bebas lateks mencatat permintaan tinggi, menunjukkan minat berterusan terhadap produk asas penjagaan kesihatan berkualiti dari Malaysia. Selain itu, MATRADE turut diberi penghormatan sebagai penceramah dalam pameran dengan ucapan bertajuk Malaysia’s Thriving Healthcare Sector: A Pillar of Progress, menekankan peranan MATRADE dalam memacu eksport negara, landskap industri penjagaan kesihatan Malaysia, sokongan kerajaan, dan strategi berkaitan, sejajar dengan fokus sektor penjagaan kesihatan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) untuk memperkukuh daya saing strategik Malaysia di peringkat global. Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) Bersempena Pameran SEACare 2024 Kuala Lumpur, Malaysia 17 – 19 Apr 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0