Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 57 Jumlah jualan eksport RM29.54 juta Jumlah jualan eksport RM625.42 juta Jumlah jualan eksport RM27.33 juta 10 Syarikat Malaysia 10 Syarikat Malaysia 3 Syarikat Malaysia YB Pengerusi MATRADE sebagai Tetamu Kehormat dalam Majlis Pembukaan IHW 2024 70 sesi padanan perniagaan 31 sesi padanan perniagaan 198 sesi padanan perniagaan MATRADE telah bekerjasama dengan Informa Markets menganjurkan IHW 2024 dari 9 hingga 11 Julai 2024 di Queen Sirikit National Convention Center (QSNCC), Bangkok, Thailand, yang menghimpunkan tiga pameran perdagangan utama iaitu CPHI South East Asia, Medlab Asia, dan Asia Health, menjadi platform penting untuk mempromosi produk, perkhidmatan, inovasi, dan teknologi terkini dalam sektor penjagaan kesihatan serantau dan global. Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, forum khas Malaysia Healthcare Day dianjurkan dengan penyertaan pembeli dan penceramah daripada MATRADE, MIDA, National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), Medical Device Authority (MDA), Association of Malaysian Medical Industries (AMMI), dan Malaysian Organisation of Pharmaceuitical Industries (MOPI), bertujuan memperkukuh profil sektor penjagaan kesihatan Malaysia di peringkat antarabangsa. YB Pengerusi MATRADE dijemput sebagai Tetamu Kehormat dalam Majlis Pembukaan IHW 2024, di mana pengumuman dibuat bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah IHW 2025 di MITEC, menandakan usaha memposisikan Malaysia sebagai destinasi utama acara perdagangan kesihatan bertaraf dunia. Kerjasama ini dan perancangan IHW 2025 jelas menunjukkan potensi Malaysia sebagai pemain utama dalam sektor penjagaan kesihatan ASEAN serta mampu merangsang pertumbuhan industri tempatan dan memperluas capaian pasaran eksport ke peringkat global. Program International Healthcare Week (IHW) 2024 Bangkok, Thailand 9-11 Jul 2024 MATRADE telah menyelaraskan penyertaan sepuluh (10) syarikat Malaysia di ITF INDEX Saudi Arabia 2024. Ia adalah pameran perdagangan antarabangsa yang memberi fokus kepada perkhidmatan reka bentuk dalaman dan perabot, serta menjadi platform penting bagi pemain industri antarabangsa, khususnya dari rantau MENA, untuk menerokai peluang perniagaan. Pameran ini juga digunakan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan bagi projek mega di bawah inisiatif Wawasan 2030 Arab Saudi serta persiapan negara itu sebagai tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034. Astaka Malaysia telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama YBhg. Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, dan penyertaan sepuluh syarikat Malaysia mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM625.42 juta sepanjang empat (4) hari acara berlangsung. Astaka Malaysia di INDEX Saudi Arabia 2024 Riyadh, Arab Saudi 17 – 19 Sept 2024 Cosmoprof Asia merupakan pameran perdagangan kosmetik terkemuka di Asia Pasifik anjuran BolognaFiere Group dan Informa Markets yang mengetengahkan produk kecantikan inovatif untuk saluran pengedaran runcit dan profesional, termasuk kosmetik, peralatan mandian, produk salun, pengilat kuku, bahan kecantikan semula jadi dan organik, serta penjagaan rambut. Sebanyak tiga (3) syarikat Malaysia telah menyertai pameran ini dan ini juga merupakan penyertaan pertama MATRADE di Cosmoprof Asia 2024. Syarikat yang mewakili negara di bawah Astaka Malaysia mempamerkan produk berasaskan bahan semula jadi dan organik, penjagaan kulit Halal, dan kosmetik berkualiti, yang mendapat sambutan baik daripada pengunjung, sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai kuasa baharu dalam industri kecantikan global. Penyertaan ini juga membolehkan syarikat Malaysia menggunakan Hong Kong SAR sebagai lokasi strategik untuk menguji penerimaan pengguna dan menembusi pasaran RRC dan Asia Timur, dengan jumlah jualan kolektif mencapai RM27.33 juta, membuktikan permintaan kukuh terhadap produk kecantikan Malaysia yang inovatif dan berkualiti tinggi di peringkat antarabangsa. Astaka Malaysia di Cosmoprof Asia 2024 Hong Kong SAR 13 – 15 Nov 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0