Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 59 Kerjasama Kementerian / Agensi Kerajaan Tahun 2024 1. INDUSTRI HALAL Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) meneruskan penyertaannya dalam MIHAS 2024 dengan 22 buah reruai yang mempromosi produk halal Taiwan seperti makanan dan minuman serta produk gaya hidup. Selain itu, 10 pembeli dari Taiwan termasuk dua (2) pembeli premium turut menyertai INSP yang telah dianjurkan oleh MATRADE sempena MIHAS 2024. Pembeli-pembeli ini telah menyatakan minat untuk mengimport produk seperti makanan dan minuman, farmaseutikal dan kosmestik serta perkhidmatan pengangkutan dan logistik dari Malaysia. Melalui INSP MIHAS 2024, syarikat Malaysia telah berjaya menembusi pasaran Taiwan sebagai menjadi pembekal produk bakeri dan minuman kepada rangkaian kedai FamilyMart Taiwan. Kejayaan ini bukan sahaja mengukuhkan kehadiran produk Malaysia di Taiwan tetapi juga membuka peluang lebih luas untuk kerjasama perniagaan jangka panjang. Tiga (3) syarikat media utama Taiwan iaitu Commercial Times Taiwan, China Television Co. dan Taiwan Plus turut menghadiri program hospitaliti media antarabangsa yang diatur semasa MIHAS 2024. 9TH MALAYSIA – TAIWAN ECONOMIC COOPERATION COMMITTEE (MTECC) 2. FASILITASI & PROMOSI PERDAGANGAN Melalui Program Rantaian Bekalan E&E, MATRADE dengan kerjasama Taiwan Electronic Equipment Industry Association (TEEIA) telah menganjurkan sesi padanan perniagaan antara sepuluh (10) pengimport Taiwan dan syarikat Malaysia sempena SEMICON SEA. Selain itu, sesi Sourcing Talk menampilkan pembentangan daripada empat (4) buah syarikat Taiwan, manakala sesi Networking telah dianjurkan oleh MATRADE dengan menghimpunkan persatuan industri, syarikat tempatan dan pembeli antarabangsa. MATRADE Taipei juga telah berjaya menghubungkan sebuah syarikat Malaysia iaitu pengeluar produk farmaseutikal dengan pengimport yang diluluskan oleh Food and Drugs Administration (FDA) Taiwan, membolehkan syarikat itu memperoleh permit import khas bagi produk air steril untuk pengairan dan natrium klorida. Kejayaan ini membuka peluang strategik bagi syarikat tersebut untuk memperluaskan akses produk farmaseutikal Malaysia di pasaran Taiwan. Sebagai sebahagian daripada kerjasama dalam Fasilitasi & Promosi Perdagangan, satu (1) program latihan bersama telah diadakan dari 12 hingga 14 November 2024. Program ini memberi tumpuan kepada keupayaan syarikat Malaysia dalam rantaian bekalan global EV, di mana pegawai TAITRA telah berkongsi maklumat mengenai ekosistem EV di Taiwan, termasuk perkembangan teknologi, rantaian bekalan, serta peluang kerjasama strategik. MTECC merangkumi lima (5) bidang kerjasama di bawah Kumpulan Kerja Perdagangan (TWG) iaitu e-Dagang, Halal, Akses Pasaran & Keterjaminan Makanan, Fasilitasi & Promosi Perdagangan serta Mesyuarat, Insentif, Persidangan & Pameran (MICE). Terdapat dua (2) program kerjasama yang telah berjaya dilaksanakan di bawah inisiatif ini iaitu bagi:

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0