Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Laporan Tahunan MATRADE 2024 60 Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) FTA ialah perjanjian antara dua atau lebih negara, di mana negara-negara yang terlibat bersetuju untuk memberikan layanan keutamaan dalam pasaran masing-masing. FTA membantu syarikat-syarikat Malaysia mengeksport ke seluruh dunia dengan memperkukuh kelebihan daya saing, meningkatkan keyakinan pelabur serta menyokong kelestarian ekonomi negara. Malaysia telah menandatangani lapan (8) FTA dua hala dengan Australia, Chile, European Free Trade Association (EFTA), India, Jepun, New Zealand, Pakistan, dan Türkiye. Malaysia juga telah menandatangani lapan (8) FTA serantau yang merangkumi: • Enam (6) melalui Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dengan Australia, RRC, Hong Kong SAR, Jepun, India, dan New Zealand; dan • Dua (2) FTA serantau ditandatangani di bawah Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) serta Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). Kedua-dua perjanjian ini telah berkuat kuasa pada tahun 2022. Setiap rakan FTA menawarkan fleksibiliti atau insentif antara satu sama lain bagi tujuan perdagangan, pelaburan, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan perdagangan serta kerjasama ekonomi. Antara kepentingan FTA adalah seperti berikut: • Mendapatkan akses pasaran yang lebih baik; • Memudahcara dan menggalakkan perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi; • Meningkatkan daya saing pengeksport Malaysia; dan • Membangunkan kapasiti dalam bidang tertentu melalui kerjasama teknikal

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0