Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 61 Memorandum Persefahaman (MoU) MATRADE bekerjasama dengan organisasi antarabangsa dan tempatan melalui MoU bagi mengukuhkan kerjasama promosi perdagangan dan meluaskan akses pasaran. Sehingga tahun 2024, sebanyak 29 MoU yang ditandatangani oleh MATRADE masih berkuatkuasa. Daripada jumlah tersebut, 15 MoU ditandatangani dengan rakan strategik antarabangsa dan selebihnya dengan rakan strategik tempatan. Terdapat juga beberapa MoU yang ditandatangai dengan lebih daripada satu (1) rakan strategik. Antara objektif MoU adalah untuk mempromosikan eksport Malaysia melalui kerjasama strategik dalam pelaksanaan program promosi eksport seperti ITF, EAM, INSP, sesi perkongsian pengetahuan dan pengalaman, serta penglibatan sebagai penceramah di dalam seminar/ webinar. MATRADE telah mengambil inisiatif dalam bidang ESG dengan menjalankan kerjasama sebagai rakan strategik melalui MoU yang ditandatangani. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program yang telah dipersetujui antara keduadua pihak demi kepentingan bersama, status pelaksanaan MoU yang telah ditandatangani, dikemaskini dari masa ke semasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0