Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Laporan Tahunan MATRADE 2024 62 Mendigitalkan Eksport 2Matlamat Program eTRADE 2.0 Program eTRADE telah mula dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) (2017 -2020), dengan matlamat untuk mempercepatkan eksport PMKS Malaysia melalui penyertaan dalam platform e-Dagang rentas sempadan antarabangsa. Program ini telah memberi manfaat kepada 3,358 PMKS Malaysia dan menjana RM376.3 juta jualan eksport sebenar. Berasaskan kepada kejayaan ini, MATRADE telah melancarkan Program eTRADE 2.0 di bawah RMKe-12, bermula pada Mac 2021 dan merangkumi tempoh lima tahun (2021–2025). Program eTRADE 2.0 bertujuan membantu PMKS Malaysia mengembangkan eksport mereka melalui platform e-Dagang antarabangsa. Program ini memperkukuhkan kehadiran dan keterlihatan PMKS dalam talian, seterusnya membolehkan mereka menyertai perdagangan global secara aktif. Ia turut menawarkan sokongan dalam pemasaran digital, penyertaan ke platform e-Dagang sedia ada, serta penyertaan dalam promosi eksport secara maya. Dua (2) jenis insentif ditawarkan di bawah Program eTRADE 2.0 kepada PMKS Malaysia yang layak: 1. Skim Onboarding – Menawarkan sehingga RM5,000 untuk menampung sebahagian daripada kos onboarding ke platform e-Dagang rentas sempadan. 2. Skim Pemasaran Digital & Latihan (DMT) – Menyediakan sehingga RM20,000 untuk menyokong usaha pemasaran digital dan penyertaan dalam program latihan yang berkaitan untuk eksport melalui platform e-Dagang. Pada tahun 2024, Program eTRADE 2.0 telah merekodkan jumlah jualan eksport sebenar sebanyak RM105.9 juta ke beberapa pasaran antarabangsa utama, termasuk RRC, United Kingdom, AS, Australia, Arab Saudi, UAE, Hong Kong SAR, Afrika Selatan dan negara-negara ASEAN. Syarikat-syarikat yang dibantu di bawah program ini beroperasi dalam sektor antaranya makanan dan minuman tersedia, farmaseutikal, penjagaan diri dan kosmetik, produk pakaian dan aksesori, jentera, peralatan dan automasi. Pada tahun 2024, sebanyak 51 inisiatif kesedaran dan libat urus telah dilaksanakan, melibatkan seramai 5,350 peserta. Inisiatif-inisiatif ini merupakan kerjasama antara MATRADE dengan platform e-Dagang antarabangsa seperti Alibaba. com, Amazon.com, eRomman.com dan JD.com. Aktiviti yang dijalankan merangkumi webinar, sesi taklimat, serta sesi rundingan bersemuka di Kaunter Informasi MATRADE. Pencapaian Tahun 2024 36 Sesi Taklimat Webinar 2,242 peserta Bilangan Aktiviti Program kesedaran (awareness) & sesi taklimat PMKS dibantu 2024 Jan 26 Feb 25 25 77 Mac 31 Apr 64 67 105 55 30 Mei Jun 65 Jul 75 Ogos Sept Okt Nov Dis Sebanyak 457 PMKS telah dibantu di bawah Program eTRADE 2.0 dimana 315 PMKS adalah di bawah Skim Onboarding dan 142 PMKS dibawah Skim DMT.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0