Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 63 Program Pembangunan e-Dagang Rentas Sempadan (eBizLink) Program ini memberi fokus kepada kumpulan sasar iaitu PMKS dan Syarikat Peringkat Pertengahan (SPP) dengan membuka peluang perniagaan di pasaran antarabangsa selaras dengan trend perdagangan digital global terkini dan mengharungi cabaran ekonomi dunia. Ia juga memanfaatkan promosi digital untuk mempertingkatkan perniagaan e-Dagang rentas sempadan dan mengoptimumkan program digitalisasi perdagangan Malaysia dengan kerjasama rakanrakan strategik di pasaran-pasaran yang terpilih. eBizLink merangkumi komponen-komponen seperti aktiviti promosi e-Dagang rentas sempadan melalui platform e-Dagang berpotensi, padanan perniagaan dalam talian, Online-to-Offline (O2O), pemasaran media sosial (S-Commerce), e-Marketing, penggunaan pempengaruh (KOL) dan pelaksanaan program kesedaran serta pembangunan kapasiti berkaitan e-Dagang rentas sempadan. Pada tahun 2024, MATRADE telah berkerjasama dengan pemain industri antarabangsa di dalam rantaian ekosistem perdagangan digital terkemuka seperti Lulu Hypermarket, Carrefour, TikTok, Amazon, eBay, DHL Express, HKTV Mall, Mingpao, Robinson Supermarket telah melaksanakan 13 aktiviti program eBizLink. Sebanyak 905 syarikat telah dibantu dan jualan eksport yang dijana bernilai RM113 juta melalui aktiviti promosi eksport yang dijalankan di pasaran Arab Saudi, RRC, Chile, Filipina, Indonesia, Nigeria, Singapura, UAE, dan Viet Nam. Antara sektor penyumbang utama adalah makanan dan minuman, gaya hidup (farmaseutikal, produk penjagaan diri dan kosmetik) dan perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0