Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 65 Pusat Informasi Perniagaan (BIC) Sepanjang tahun 2024, seramai 283 pelawat dan pengguna telah hadir ke BIC bagi membuat rujukan dan penyelidikan secara fizikal. Manakala, sebanyak 1,467 pertanyaan bagi mendapatkan informasi perdagangan telah diterima serta dijawab oleh pegawai BIC yang profesional sama ada secara bersemuka, menerusi panggilan telefon e-mel dan melalui aplikasi Whatsapp. BIC juga telah menganjurkan 46 Program Skil Literasi Maklumat dan Latihan serta sembilan (9) aktiviti jerayawara yang melibatkan penyertaan seramai 2,227 komuniti pedagang dan pegawai MATRADE. Disamping itu, sebanyak 75 aktiviti hebahan dan promosi telah dijalankan bagi meningkatkan kesedaran dan keterlihatan BIC dalam kalangan komuniti pedagang tempatan dan antarabangsa. BIC turut menyediakan perkhidmatan dan fasiliti lain termasuk ruang bacaan dan ruang kerja penyelidikan yang kondusif, khidmat pelanggan yang mesra dan profesional, perkhidmatan cetakan, fotokopi dan pengimbasan imej yang bermutu tinggi serta kemudahan WiFi. 10 Kepentingan Risikan Perdagangan MATRADE Risikan perdagangan yang disediakan oleh MATRADE melalui BIC memainkan peranan penting dalam membantu komuniti pedagang Malaysia, antaranya: 1. Mengenal pasti peluang pasaran antarabangsa dengan lebih pantas, tepat, dan sahih serta memahami kecenderungan pengguna di negara sasaran bagi tujuan pengembangan eksport. 2. Memperoleh tinjauan pasaran antarabangsa yang holistik dan mendalam. 3. Mengoptimalkan keputusan melalui analisis data yang sahih dan komprehensif. 4. Mempercepatkan pengumpulan data dan maklumat industri dari sumber-sumber yang dipercayai dan sahih. 5. Memacu pertumbuhan jualan dan keuntungan syarikat berdasarkan rumusan terperinci risikan pasaran. 6. Membangunkan pendekatan pemasaran yang berbeza dan berimpak tinggi untuk keunggulan kompetitif. 7. Memperkukuh daya saing syarikat untuk mendominasi pasaran antarabangsa secara positif. 8. Menyokong proses penetapan matlamat dan perancangan perniagaan secara strategik. 9. Membina kerangka pengurusan risiko dinamik dalam menangani volatiliti pasaran antarabangsa yang tidak menentu. 10. Merangka strategi promosi dan pemasaran berdasarkan analisis pasaran yang tepat dan terkini. BIC sentiasa komited dan berusaha memastikan perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan kekal relevan dengan keperluan dan perkembangan trend masa kini. Melalui slogan One Centre, Multiple Resources, BIC merupakan perpustakaan hibrid yang menyediakan pelbagai sumber informasi perdagangan yang komprehensif di Malaysia bagi rujukan komuniti perdagangan di dalam dan luar negara. Pelbagai genre dan sumber informasi perdagangan disediakan di (BIC) yang mencakupi sumber fizikal dan digital. Sebanyak 24,314 judul koleksi fizikal dan digital merangkumi statistik perdagangan, profil negara, profil syarikat, berita niaga, laporan risikan pasaran, jadual duti import dan sebagainya telah disediakan bagi membantu pengeksport tempatan kekal berdaya saing di peringkat global. Selaras dengan era pendigitalan masa kini, BIC turut dilengkapi dengan Sistem Pengurusan Perpustakaan dan Perkhidmatan Sumber Maklumat Digital yang dinamik bagi membolehkan komuniti perdagangan sentiasa dibekalkan dengan informasi perdagangan terkini tanpa batasan geografi dan waktu. Perkhidmatan Sumber Maklumat Digital tediri daripada tiga (3) kategori utama iaitu: Perkhidmatan Pangkalan Data Perkhidmatan e-Majalah dan e-Suratkhabar Perkhidmatan e-Buku
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0