Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 67 Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan NTBp, pelaksanaannya diselia oleh Jawatankuasa Koordinasi Eksport (JK-X) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN)dengan keanggotaan terdiri daripada Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian. Jawatankuasa ini akan memantau pelaksanaan NTBp sebanyak tiga (3) kali setahun. Setelah hampir lima (5) tahun pelaksanaannya, penyelarasan dan penambahbaikan syor, inisiatif dan Key Performance Indicator (KPI) telah dikategorikan di bawah lapan (8) teras strategik, 39 syor dan 99 inisiatif bagi mengelakkan pertindihan aktiviti antara Kementerian serta Agensi. Sebanyak 127 Petunjuk Prestasi Utama atau KPI di bawah NTBp dilaksanakan melalui penubuhan lapan (8) Kumpulan Kerja yang melibatkan penggemblengan tenaga, kerjasama dan koordinasi daripada pelbagai Kementerian, Agensi dan semua pihak berkepentingan serta pihak swasta. Dari segi pencapaian keseluruhan, NTBp telah mencapai 93.2% pelaksanaan inisiatif yang digariskan setakat Disember 2024. Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (NTBp) 2021 – 2025 1 Mengukuhkan ekosistem perdagangan 2 Melonjakkan kapasiti dan keupayaan pengeksport 3 Meningkatkan kemampuan eksport 4 Menggalakkan pertumbuhan eksport menerusi teknologi dan e-dagang 5 Memudahcara dan meluaskan akses pasaran 6 Mempromosi barangan dan jenama tempatan 7 Memacu pertumbuhan menerusi pelaburan dan kepelbagaian eksport 8 Menggalakkan kelestarian dan inovasi Visi Bidang Utama Dasar Strategik Teras Strategik Menempatkan Malaysia sebagai negara perdagangan yang dinamik dan unggul melalui pembangunan eksport yang mampan Meningkatkan Bilangan Eksport PEMBANGUNAN Menambah baik persekitaran operasi pengeksport PERTUMBUHAN Meningkatkan keupayaan promosi eksport DAYA SAING Melonjakkan produk Malaysia yang mampan ke tahap yang lebih tinggi Meningkatkan Eksport Produk Bernilai Tinggi Mempelbagaikan Produk Eksport Meningkatkan Ekosistem Eksport

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0