Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Laporan Tahunan MATRADE 2024 68 JK-X telah ditubuhkan pada 2018 untuk menyelaras dan meluluskan semua program promosi eksport merentasi kementerian dan agensi bagi memastikan ianya dilaksanakan melalui penggunaan sumber yang cekap disamping memberikan pulangan tinggi kepada negara. MATRADE selaku urus setia JK-X, berperanan memantau pelaksanaan semua program promosi eksport negara yang telah diluluskan. Hasil pelaksanaan program dilaporkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja JK-X (JWC) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha MITI sebelum diangkat ke mesyuarat JK-X yang dipengerusikan oleh KSN. Bagi menyokong initiatif di atas, Pasukan Petugas Sektora (STF) yang diketuai oleh MATRADE sentiasa bekerja rapat dengan kementerian dan agensi untuk menyelaraskan dan menyaring program promosi eksport disamping berkongsi maklumat risikan pasaran yang disediakan oleh 49 Pejabat Perdagangan MATRADE di luar negara. Bagi tahun 2024 sebanyak 228 program promosi eksport telah dilaksanakan oleh 12 kementerian melalui 24 agensi dengan jumlah jualan sebanyak RM63.76 bilion. Selain itu, sebanyak 190 risikan pasaran dalam pelbagai sektor telah dikongsi di kalangan pasukan petugas sektoral. Penyelarasan Program Promosi Eksport Negara Melalui Jawatankuasa Koordinasi Eksport (JK-X) 12 Kementerian RM63.76 bilion Jumlah jualan 190 risikan pasaran dalam pelbagai sektor 228 Program promosi eksport

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0