Laporan Tahunan MATRADE 2024 70 Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera, Wanita dan Belia (BWYEDP) BWYEDP merupakan program bimbingan untuk membantu kumpulan sasaran syarikat milikan Bumiputera, Wanita dan Belia meneroka pasaran eksport di mana ia disesuaikan khusus untuk meningkatkan pembangunan eksport dan prestasi perniagaan setiap kumpulan sasaran. Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera (BEDP) bermula pada tahun 2004, disusuli dengan Program Pembangunan Pengeksport Wanita (WEDP) pada tahun 2005 dan Program Pembangunan Pengeksport Belia (YEDP) pada 2014. BWYEDP menawarkan program sokongan selama tiga (3) tahun untuk meningkatkan daya saing syarikat PMKS dalam mengembangkan eksport produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran antarabangsa. Ia adalah satu program intensif yang melibatkan latihan perniagaan yang disesuaikan mengikut keperluan syarikat, termasuk latihan peningkatan kompetensi, pendedahan perniagaan antarabangsa, sesi jaringan hubungan Business Exporters Programme (BEP2.0) Bagi tahun 2024, satu (1) aktiviti promosi eksport iaitu EAM ke Dubai, UAE bersempena Pameran Perdagangan Antarabangsa ‘GULFOOD 2024’ telah dilaksanakan dengan melibatkan penyertaan sebanyak 11 syarikat Bumiputera daripada sektor Makanan & Minuman dan berjaya menghasilkan pulangan jualan eksport berjumlah RM130.20 juta. Program ini merupakan sebahagian daripada BEP2.0 anjuran SME Bank yang bertujuan membangunkan keupayaan eksport syarikat-syarikat Bumiputera ke pasaran global. Galakan Eksport Bumiputera (GEB) MATRADE selaku ahli jawatankuasa dalam Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) berperanan untuk memberikan pandangan dan khidmat nasihat berkaitan eksport bagi inisiatif pembangunan pengeksport yang dilaksanakan oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) dengan kerjasama MARA. Program ini diwujudkan untuk membangunkan keupayaan serta menambah bilangan PMKS Bumiputera dalam pasaran eksport melalui pakej bantuan bersepadu bagi menerokai pasaran baharu, pemadanan perniagaan dan perluasan pasaran. SME Bank Xcess MATRADE selaku rakan strategik, telah mengendalikan INSP yang melibatkan 24 pembeli luar negara dari Taiwan (5 syarikat), Indonesia (4 syarikat), RRC (3 syarikat), India (2 syarikat), UAE (2 syarikat), Viet Nam (2 syarikat), Kemboja (1 syarikat), Hong Kong SAR (1 syarikat), Korea Selatan (1 syarikat), Arab Saudi (1 syarikat), Jerman (1 syarikat) dan Brazil (1 syarikat). 102 syarikat Malaysia telah mendapat manfaat daripada program ini yang menjana sejumlah RM177.87 juta jualan eksport. dan pementoran, serta pembangunan kepimpinan dan keusahawanan. Sejak program ini diperkenalkan, sebanyak 430 syarikat milikan Bumiputera, Wanita dan Belia yang terpilih telah menyertai program ini. Bagi tempoh 2004-2024, sejumlah 1,001 aktiviti promosi perdagangan telah disertai oleh syarikat di bawah BWYEDP dan telah menjana jualan eksport sebanyak RM4.29 bilion. Pada 13 November 2024, Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera, Wanita dan Belia (BWYEDP) telah ditamatkan berikutan kekangan peruntukan. Namun begitu, MATRADE tetap komited membantu, menyokong dan membimbing syarikatsyarikat ini melalui khidmat nasihat, pembangunan kapasiti eksport serta latihan pengeksport secara berterusan. Program Kerjasama dengan Agensi untuk Pembangunan Eksport PMKS Bumiputera Selain daripada BWYEDP yang dikendalikan sepenuhnya oleh MATRADE, kerjasama strategik juga turut dijalin dengan beberapa agensi kerajaan bagi mengendalikan program-program pembangunan dan promosi eksport Bumiputera. Antara program yang dilaksanakan di bawah inisiatif ini adalah: 1. PROGRAM BERSAMA SME BANK 2. PROGRAM BERSAMA SME CORP Jumlah jualan eksport RM130.30 juta Jumlah jualan eksport RM177.87 juta 11 Syarikat Malaysia 102 Syarikat Malaysia
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0