Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Laporan Tahunan MATRADE 2024 72 Misi Serapan Pasaran ini merupakan salah satu aktiviti dalam fasa pengantarabangsaan (Internationalisation) bagi PPSPP. Pada tahun 2024, sebanyak 5 buah SPP telah menyertai misi ini yang terdiri daripada industri perkhidmatan professional, pembinaan dan bahan binaan serta barangan pengguna bergerak pantas (FMCG). Tujuan utama misi ini adalah untuk mengenal pasti peluang eksport bagi SPP yang berminat menerokai pasaran Viet Nam dan memadankan mereka dengan pembeli luar negara yang relevan. Antara komponen yang dilaksanakan semasa misi ini adalah seperti program padanan perniagaan, sesi pembentangan khusus (pitching) kepada pengimport dan pembeli yang telah dikenalpasti serta sesi beramah mesra (business networking) bersama persatuan-persatuan perniagaan dan pemain industri. Sejumlah RM41.6 juta jualan eksport potensi telah dijana sepanjang misi berlangsung. Ho Chi Minh City, Viet Nam 3-7 Dis 2024 Jumlah potensi jualan eksport RM41.6 juta 5 Syarikat Malaysia Misi Serapan Pasaran bagi Syarikat Peringkat Pertengahan (SPP) di Ho Chi Minh City, Viet Nam 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0