Laporan Tahunan MATRADE 2024 74 Menyediakan Sokongan Khusus 7Matlamat Geran Pembangunan Pasaran (MDG) MDG telah diperkenalkan pada tahun 2002 untuk membantu syarikat Malaysia khususnya PMKS menembusi pasaran antarabangsa melalui penyertaan dalam pelbagai aktiviti promosi eksport. Setiap syarikat yang layak boleh menerima sehingga RM300,000 dalam bentuk geran bayaran balik (reimbursement grant) bagi menampung sebahagian kos aktiviti promosi eksport. Turut memperoleh manfaat daripada fasilitasi perdagangan ini adalah Persatuan Perdagangan dan Industri, Dewan Perniagaan, Penyedia Perkhidmatan Profesional, Koperasi serta Badan Profesional. Aktiviti yang layak dituntut ialah: 1. Penyertaan dalam ITF di Malaysia dan luar negara; 2. Penyertaan dalam TIM/ EAM 3. Penyertaan dalam Persidangan Antarabangsa di luar negara; 4. Yuran penyenaraian bagi produk buatan Malaysia di pasaran luar negara; dan 5. Yuran pendaftaran pensijilan antarabangsa. Sepanjang tahun 2024, sebanyak 35 program libat urus industri telah dilaksanakan merangkumi taklimat, seminar, kaunter informasi, bengkel, perbincangan bersama komuniti perniagaan dan agensi kerajaan serta promosi melalui saluran media sosial bagi meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan syarikat Malaysia mengenai MDG. Sebagai sebahagian daripada komitmen Kerajaan melalui Program Inisiatif Ekonomi MADANI, peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta telah disalurkan kepada MDG pada Oktober 2023 yang boleh digunakan sehingga akhir tempoh RMKe-12. Sehingga Disember 2024, sebanyak 3,786 syarikat telah dibantu yang mencatatkan jualan eksport sebanyak RM1.87 bilion. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 167 syarikat merupakan syarikat berstatus Bumiputera dan 371 merupakan syarikat milikan wanita. Inisiatif ini akan diteruskan pada tahun 2025 sehingga keseluruhan peruntukan digunakan sepenuhnya. Pada tahun 2025, MDG di bawah penyelarasan MATRADE akan terus berperanan sebagai pemangkin utama dalam memperkasa PMKS untuk menyegerakan penerokaan pasaran baharu, mengekalkan daya saing di peringkat global serta meningkatkan nilai jualan eksport. Penambahbaikan berterusan terhadap mekanisma dan keberkesanan insentif MDG akan diteruskan sejajar dengan aspirasi Malaysia sebagai antara negara pengeksport kompetitif di dunia. Sebanyak 4,808 syarikat telah dibantu dengan rekod jualan eksport berjumlah RM17.6 bilion. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 407 syarikat merupakan syarikat berstatus Bumiputera dan 1,358 merupakan syarikat milikan wanita. Antara destinasi eksport syarikat penerima MDG ini termasuk UAE, AS, RRC, Jepun, Singapura, Indonesia, Australia dan Kemboja. Program 2024 Inisiatif Ekonomi Madani Unjuran 2025 Pencapaian Tahun 2024 Jumlah jualan eksport RM17.6 bilion Jumlah jualan eksport RM1.87 bilion 407 Syarikat Bumiputera 167 Syarikat Bumiputera 3,786 Syarikat dibantu 1,358 Syarikat milikan wanita 371 Syarikat milikan wanita
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0