Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 75 Dana Eksport Perkhidmatan (SEF) SEF merupakan bantuan kewangan dalam bentuk geran bayaran balik ke atas kos yang ditanggung khususnya oleh Syarikat Penyedia Perkhidmatan Malaysia (MSPs) dalam usaha mengembangkan eksport dan meneroka pasaran antarabangsa. Selain MSP, SEF juga diberikan kepada Persatuan Perdagangan & Industri, Dewan Perniagaan, Badan-badan Professional, Government-Linked Investment Companies (GLICs), Government-Linked Companies (GLCs) dan Kooperasi yang layak bagi tempoh 2021 – 2025. Kemudahan SEF bertujuan untuk: • meningkatkan daya saing dan kebolehcapaian syarikat penyedia perkhidmatan Malaysia di pasaran global; • memperluaskan peluang eksport bagi sektor perkhidmatan; dan • memperkasa penjenamaan serta meningkatkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai penyedia perkhidmatan yang kompeten, berkualiti dan berdaya saing. Ringkasan kemajuan bagi Program SEF bagi tahun 2024 adalah seperti berikut: 669 Syarikat Dibantu 131 syarikat adalah penerima dana SEF RM3.141 juta Perbelanjaan Dana Lima (5) Sektor Penerima Tinggi Lima (5) Destinasi Eksport Utama • 311 permohonan diluluskan • RM433,434.00 adalah bagi pembayaran sistem SEF RM556.8 juta Hasil Eksport (Potensi) Pulangan pelaburan (ROI) 1:177 Perkhidmatan Perniagaan Kesihatan Pembinaan Informasi dan Teknologi Maklumat Kejuruteraan Singapura Thailand RRC Indonesia Filipina 181 Sesi Jangkauan konsultasi/ taklimat/ kaunter informasi

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0