Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 77 Ekonomi Digital, Produktiviti dan Persaingan MTECC merangkumi lima (5) bidang kerjasama di bawah Kumpulan Kerja Perdagangan (TWG) iaitu e-Dagang, Halal, Akses Pasaran & Keterjaminan Makanan, Fasilitasi & Promosi Perdagangan serta Mesyuarat, Insentif, Persidangan & Pameran (MICE). Program Pembangunan e-Dagang Rentas Sempadan (eBizLink) merupakan salah satu projek berimpak tinggi yang diluluskan dibawah RMKe-12 dengan MATRADE sebagai agensi pelaksana bagi tempoh tiga (3) tahun (2023 – 2025). Program ini merangkumi komponen-komponen seperti aktiviti promosi e-Dagang rentas sempadan melalui platform e-Dagang berpotensi, padanan perniagaan dalam talian, Online-to-Offline (O2O), pemasaran media sosial (S-Commerce), e-Marketing, penggunaan pempengaruh (KOL) dan pelaksanaan program kesedaran serta pembangunan kapasiti berkaitan e-Dagang rentas sempadan. Pelaksanaan Program eTRADE telah bermula di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (2017–2020), dengan matlamat untuk mempercepatkan eksport PMKS Malaysia melalui penyertaan dalam platform e-Dagang rentas sempadan antarabangsa. Program ini telah memberi manfaat kepada sejumlah 3,358 PMKS Malaysia dan berjaya menjana jualan eksport sebenar berjumlah RM373.6 juta. Sebanyak 457 PMKS telah dibantu di bawah Program eTRADE 2.0 dimana 315 PMKS adalah di bawah Skim Onboarding dan 142 PMKS dibawah Skim Pemasaran Digital & Latihan (DMT). MATRADE menggesa PMKS Malaysia untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan eksport yang tersedia di platform e-Dagang rentas sempadan di bawah program eTRADE. MATRADE akan terus bekerjasama dengan persatuan perdagangan, dewan perniagaan dan platform-platform e-Dagang antarabangsa bagi menganjurkan seminar, webinar, taklimat perdagangan serta sesi perundingan perdagangan. 9th Malaysia – Taiwan Economic Cooperation Committee (MTECC) Program Pembangunan e-Dagang Rentas Sempadan (eBizLink) Program eTRADE 2.0 MATRADE meneruskan agendanya memperkasa pengeksport Malaysia dalam ekonomi digital bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing. Bagi mencapai hasrat ini pelbagai kerjasama di peringkat antarabangsa dan nasional, dalam penganjuran program yang memberi manfaat kepada syarikatsyarikat Malaysia khususnya PMKS dalam mengembangkan eskport mereka terutama menerusi platform digital. Antara program-program dilaksanakan adalah: 51 Sesi Taklimat Webinar 5,350 peserta Bilangan Aktiviti Program kesedaran (awareness) & sesi taklimat

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0