Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Laporan Tahunan MATRADE 2024 80 d. Pemasangan Automated External Defibrillator (AED) di Menara MATRADE • MATRADE telah melaksanakan pemasangan AED pertama di Menara MATRADE. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan organisasi terhadap aspek kecemasan kesihatan di tempat kerja serta memperkukuh ciri-ciri tempat kerja yang responsif dan selamat. • Selain pemasangan peranti, sesi taklimat turut diadakan bagi memberi pendedahan dan latihan asas kepada warga kerja mengenai penggunaan AED sebagai langkah proaktif dalam meningkatkan keupayaan tindak balas awal terhadap insiden serangan jantung. 3. PENGGUNAAN KENDERAAN ELEKTRIK (EV) Sebagai inisiatif kelestarian, MATRADE memperkenalkan penggunaan EV sebagai kenderaan rasmi jabatan: • Empat (4) buah EV telah disewa untuk tempoh tiga (3) tahun (dua kereta & dua MPV). • Semua kos penyelenggaraan, insurans, baik pulih dan cukai jalan ditanggung penyedia perkhidmatan. Langkah ini menyokong komitmen mengurangkan jejak karbon serta menjadikan MATRADE antara agensi kerajaan perintis dalam penggunaan EV bagi operasi rasmi. b. Peralihan kepada Model Penyewaan Kenderaan Pejabat Luar Negara MATRADE telah melaksanakan peralihan daripada model pembelian kepada model penyewaan kenderaan bagi beberapa Pejabat Perdagangan Luar Negara. Langkah ini dibuat bagi menggantikan kenderaan lama yang tidak lagi efisien serta menyokong strategi penjimatan dan pengoptimuman sumber organisasi. Pendekatan penyewaan ini membolehkan MATRADE: • Mengurangkan kos penyelenggaraan, baik pulih dan pembiayaan aset jangka panjang; • Memastikan ketersediaan kenderaan yang lebih baharu, berdaya saing dan sesuai digunakan mengikut keperluan operasi setempat; • Meningkatkan kecekapan logistik dan menyokong mobiliti pegawai dengan lebih lancar; dan • Mengurangkan risiko penurunan nilai aset (depreciation) yang lazimnya ditanggung melalui model pembelian. Inisiatif ini melibatkan beberapa pejabat luar negara yang terpilih dan secara keseluruhannya menyumbang kepada pengurusan operasi yang lebih cekap, kos efektif serta sejajar dengan amalan pengurusan aset moden. 5. PENYERTAAN DALAM INISIATIF SATU PEMIMPIN SATU KAMPUNG (SANTUNI MADANI) MATRADE telah menyahut seruan Kerajaan untuk melaksanakan inisiatif Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan serta pembangunan komuniti khususnya di kawasan luar bandar. Di bawah program ini, Kampung Pasir Besar di Gemas, Negeri Sembilan telah dipilih oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri sebagai kampung angkat di bawah penyelarasan MATRADE: • Program Santuni MADANI merupakan salah satu inisiatif di bawah kerangka MADANI yang menekankan pembangunan holistik merangkumi aspek ekonomi, keusahawanan, pendidikan dan infrastruktur, selari dengan aspirasi negara untuk membangunkan komuniti secara inklusif. • Antara pelaksanaan utama aktiviti adalah: • Kunjungan Hormat kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Yang diketuai YB Pengerusi MATRADE bagi memaklumkan perkembangan program dan menerima sokongan penuh Kerajaan Negeri. • Mesyuarat Bersama Pejabat Daerah Kecil & Tanah Gemas (PDKT) bagi menyelaras isu komuniti seperti infrastruktur, pengairan dan program sosial. • Program Pendidikan termasuk sesi tuisyen khas untuk pelajar sekolah. • Penilaian awal bagi program masa depan seperti kem bina semangat, pembaharuan perabot balai raya, ceramah agama dan gotong-royong. Tahun 2024 menyaksikan Unit Pentadbiran memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memperkukuh kecekapan operasi, meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan warga kerja, menyokong agenda kelestarian dan menyumbang kepada pembangunan komuniti. Keseluruhan inisiatif ini mencerminkan komitmen MATRADE terhadap tadbir urus yang bertanggungjawab, penambahbaikan berterusan dan pembinaan persekitaran kerja bertaraf tinggi. 4. PENGURUSAN PEJABAT PERDAGANGAN LUAR NEGARA Unit Pentadbiran turut memperkukuh tadbir urus dan kecekapan operasi di Pejabat Perdagangan luar negara melalui: a. Penjimatan Perbelanjaan dan Right-Sizing Pejabat MATRADE di Luar Negara: • Penstrukturan semula ruang pejabat luar negara selaras dengan Garis Panduan Penjimatan Kementerian Kewangan (MOF). • Ruang pejabat disesuaikan kepada 180–200 meter persegi bagi memastikan penggunaan ruang yang optima dan berhemat.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0