Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 81 Pengurusan Sumber Manusia Selaras dengan aspirasi negara yang antara lainnya bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja termasuk pegawai awam yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah ditambah baik melalui Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam. Hasrat utama dasar tersebut ialah membangunkan kompetensi dan berprestasi tinggi di kalangan pegawai awam selaras dengan keperluan strategik semasa dan masa hadapan perkhidmatan awam selain daripada mengukuhkan keupayaan organisasi. Kompetensi dan Pembangunan Bakat Perancangan Organisasi dan Transformasi Agenda pembangunan modal insan diteruskan pada tahun 2024 dengan peruntukan RM1 juta bagi penganjuran/ penyertaan program latihan yang bertumpu kepada peningkatan kompetensi dalam memastikan penyampaian perkhidmatan warga kerja MATRADE seiring dengan peredaran semasa dan kehendak pemegang taruh. Di samping itu, inisiatif pembangunan kompetensi juga bertumpu kepada isu-isu berkaitan hala tuju MATRADE iaitu kelestarian, pendigitalan serta kemahiran yang diperlukan untuk menyokong projek-projek transformasi MATRADE. Aspek kepimpinan dan peningkatan sahsiah serta jati diri warga MATRADE juga menjadi agenda utama yang ditekankan di dalam inisiatif pembangunan kompetensi MATRADE. Sejumlah 106 latihan telah dijalankan pada tahun 2024 iaitu 78 program latihan dan 28 sesi perkongsian pengetahuan yang mencatatkan 3,781 penyertaan. 1. PERJAWATAN DAN PENGISIAN DI MATRADE Berdasarkan kepada Surat Kelulusan Perjawatan (SKP) yang berkuatkuasa, pada tahun 2024, MATRADE mempunyai sejumlah 680 perjawatan yang merangkumi pelbagai skim dan gred di ibu pejabat, pejabat wilayah dan pejabat luar negara. Jumlah pengisian sehingga Disember 2024 adalah 601 (88.38%) bagi memastikan sumber tenaga kerja yang mencukupi dalam struktur organisasi MATRADE supaya tidak menjejaskan perancangan organisasi dan pelan pengurusan sumber manusia. Sistem penilaian berasaskan G.R.A.C.E yang merupakan cambahan kepada nilai AVC juga diteruskan sebagai salah satu komponen penilaian prestasi warga MATRADE. Bagi menyokong inisiatif pendigitalan MATRADE penilaian ini diteruskan secara digital menggunakan “Talent Management System (TMS)” di portal “Knowledge Management”, yang membantu pengurusan penilaian prestasi secara lebih efektif dan efisien. MATRADE juga meneruskan inisiatif Biasiswa Pengajian MATRADE (BPM) bagi tahun 2024. Langkah ini selaras dengan hasrat membangunkan kompetensi pegawai agar lebih berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta memiliki perilaku yang baik berlandaskan strategi pembangunan sumber manusia yang efisien. Sehingga akhir tahun 2024, seramai dua pegawai telah menamatkan pengajian peringkat Sarjana manakala seorang lagi akan menyelesaikan pengajian pada tahun 2026. Program biasiswa ini melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 yang dijana daripada Akaun Hasil. Kategori Jumlah Perjawatan Jumlah Pengisian Pengurusan Tertinggi Pengurusan & Profesional Kumpulan Sokongan Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT) 7 7 280 247 258 234 135 680 113 601
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0