Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Laporan Tahunan MATRADE 2024 84 Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) MATRADE AKRAB ialah pegawai yang dilantik untuk melaksanakan peranan dalam program pengupayaan kendiri selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18/2005. Hingga 2024, sebanyak 36 pegawai dan kakitangan MATRADE telah ditauliahkan sebagai ahli AKRAB, namun hanya 21 yang masih aktif susulan persaraan beberapa ahli. Bagi meningkatkan kemahiran, lima ahli AKRAB menyertai Program Pembangunan Kendiri AKRAB MITI dan Agensi anjuran MITI pada 20 Mei 2024, yang bertujuan memperkukuh kemahiran asas serta keupayaan memberi bimbingan kepada rakan sekerja di tempat kerja. Di peringkat nasional, pada 14 Jun 2024, AKRAB MATRADE menyertai Himpunan Aspirasi MADANI AKRAB Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya. Program ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik serta perkongsian ilmu, kemahiran dan kepakaran antara ahli AKRAB, di samping menyampaikan dasar dan hala tuju kerajaan dalam usaha membangunkan Malaysia MADANI. Dalam perhimpunan tersebut, YAB Perdana Menteri Malaysia menegaskan peranan AKRAB sebagai Ejen Penggerak Perubahan Perkhidmatan Awam bagi memastikan dasar Kerajaan MADANI dilaksanakan dengan berkesan. Pada 9 Ogos 2024, ahli AKRAB MATRADE telah menyertai Seminar Aspirasi Madani Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (SAMA) anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersama rakan strategik termasuk MAK, Akademi Kenegaraan Malaysia dan INTAN. Selain itu, pada 29–31 Julai 2024, AKRAB MATRADE turut bertindak sebagai fasilitator dalam Kursus Pembangunan Sahsiah dan Jati Diri anjuran Unit Kompetensi dan Pembangunan Bakat. Kursus ini bertujuan memperkasa pembangunan modal insan warga MATRADE melalui penerapan AVC ke arah organisasi yang lebih cemerlang. Hari Kesihatan MATRADE 2024 pada 11 November 2024 merupakan aktiviti kemuncak yang dihadiri oleh 200 peserta (warga MATRADE, MITI, dan penghuni Menara MATRADE). Program ini melibatkan pemeriksaan kesihatan, ceramah, senamrobik, dan gerai pameran oleh lebih 20 institusi. Kempen derma darah oleh Pusat Darah Negara berjaya mengumpulkan 34 beg darah. Selain itu, AKRAB MATRADE, dengan kerjasama Unit Pentadbiran dan Biro Kebajikan Kelab MATRADE, turut memainkan peranan penting dalam inisiatif kebajikan melalui ziarah kematian, pemberian bantuan kewangan kepada yang memerlukan (berkaitan kehilangan ahli keluarga atau masalah kesihatan), serta penganjuran program komuniti seperti agihan bubur lambuk, sekali gus menegaskan komitmen berterusan pihak pengurusan dalam menyokong dan menjaga kesejahteraan holistik semua warga kerja.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0