Laporan Tahunan MATRADE 2024 86 Penjanaan Hasil MATRADE telah melaksanakan inisiatif penjanaan hasil dibawah Projek Strategi Penjanaan Hasil MATRADE 2022 - 2025 bagi mengurangkan kebergantungan kepada peruntukan daripada Kerajaan. Inisiatif penjanaan hasil ini adalah bagi meningkatkan kedudukan kewangan MATRADE dalam menampung keperluan perbelanjaan serta melancarkan operasi tahunan MATRADE. Pada tahun 2024, sebanyak 43 kertas kerja bagi permohonan sewaan dan pengkomersialan telah dibentangkan serta diluluskan di Mesyuarat Jawatankuasa Penjanaan Hasil (JPH) MATRADE. Selain meningkatkan penjanaan hasil, inisiatif ini telah mengukuhkan lagi jenama MATRADE di kalangan komuniti perniagaan kerana telah meningkatkan keterlihatan MATRADE agar sinonim dengan penyampaian perkhidmatan bertaraf dunia. Berikut merupakan antara inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Unit Penjanaan Hasil bersama-sama Unit/ Seksyen/Bahagian yang berkaitan di sepanjang tahun 2024: • Pengambilahlihan pengoperasian bangunan MITEC • Penyewaan lebih 80% ruang pejabat dan komersial di Menara MATRADE kepada anchor tenant dan vendor yang menjalankan perniagaan perkhidmatan makanan. • Menaiktaraf ruang menunggu bas dan e-hailing berhawa dingin; • Menyediakan empat (4) ruang pengecas kereta elektrik di perimeter MATRADE; • Driveway dinaik taraf kepada lobi Utama MATRADE dan menjadi kawasan rasmi bagi tetamu dan pelawat; • Pemasangan panel solar di MATRADE dan MITEC; • Penjanaan hasil melalui kutipan yuran latihan pengeksport, yuran penyertaan syarikat dalam program promosi, yuran endorsement pameran antarabangsa di Malaysia, perkongsian keuntungan (profit sharing) daripada program promosi perdagangan, kerjasama strategik dan lain-lain hasil diterima berdasarkan kepada inisiatif yang diluluskan oleh JPH MATRADE.
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0