Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 87 Keselamatan dan Kesejahteraan Transformasi Infrastruktur MATRADE ke arah Kecemerlangan Operasi dan Keselesaan Pengguna Tahun 2024 merupakan tahun yang signifikan bagi Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) dalam mengukuhkan peranannya sebagai tulang belakang operasi dan penyelenggaraan Menara MATRADE. Seiring dengan perkembangan pesat fungsi Menara sebagai pusat perdagangan antarabangsa, UPF telah melaksanakan pelbagai inisiatif strategik bagi memastikan infrastruktur bangunan sentiasa memenuhi piawaian terkini, selari dengan visi MATRADE untuk menjadi hab perdagangan yang dinamik dan mampan. UPF tidak sekadar menumpukan pada penyelenggaraan rutin, tetapi telah melangkah lebih jauh dengan melaksanakan program peningkatan bersepadu yang merangkumi aspek kecekapan tenaga, keselesaan ruang kerja, dan nilai komersial bangunan. Setiap projek yang dilaksanakan dirancang dengan teliti bagi memberikan impak jangka panjang, dari segi operasi dan pengukuhan imej MATRADE sebagai organisasi progresif yang prihatin terhadap alam sekitar dan keperluan pengguna. Fokus utama UPF pada tahun 2024 adalah untuk: 1. Meningkatkan kecekapan sistem utama bangunan melalui projek retrofitting berteknologi tinggi. 2. Mengoptimumkan penggunaan ruang bagi memenuhi keperluan operasi semasa. 3. Mewujudkan nilai tambah komersial melalui penjenamaan semula ruang awam. 4. Memperkukuh infrastruktur digital selaras dengan perkembangan Revolusi Perindustrian 4.0. Komitmen ini diterjemahkan melalui pelaksanaan 6 projek teras yang siap dalam tempoh yang ditetapkan, menggabungkan kepakaran teknikal, inovasi teknologi, dan pemahaman mendalam terhadap keperluan pengguna. Berikut adalah pencapaian utama UPF sepanjang tahun 2024: 1. RETROFITTING SISTEM PENYAMAN UDARA BERPUSAT (CHILLER, CHWP, CWP, CT) a. Peningkatan Kecekapan Sistem: • Optimum prestasi penyaman udara dengan kenaikan 3540% kecekapan tenaga • Pengurangan masa downtime penyelenggaraan sebanyak 40% b. Peningkatan Keselesaan: • Kawalan suhu lebih stabil (±1°C) di semua zon bangunan • Pengurangan aduan ketidakselesaan termal daripada pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0