Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Laporan Tahunan MATRADE 2024 90 Pemerkasaan Budaya Integriti Dalam Kalangan Warga MATRADE MATRADE turut melaksanakan pelbagai program dan inisiatif pemantapan budaya integriti dalam kalangan warga kerja, antaranya: Integrity Alert Penyebaran infografik secara mingguan sebagai peringatan dan nasihat berterusan berkenaan nilai-nilai integriti. G.R.A.C.E Moments dengan Pengurusan Kanan Perkongsian video oleh Pengurusan Kanan MATRADE yang mengetengahkan nilai teras organisasi iaitu Global, Hormat, Tangkas, Kreatif dan Beretika (G.R.A.C.E.). A.V.C Moments dengan Pengurusan Pertengahan Perkongsian video oleh Pengurusan Pertenghan MATRADE yang mengetengahkan elemen Sikap Positif, Nilai Murni, dan Budaya (A.V.C.). Program Kesedaran Integriti oleh Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan bersama Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT) Perkongsian maklumat berkenaan integriti oleh Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE di luar negara dengan Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT) di pejabat tersebut. Program Perkongsian Elemen Integriti melalui Platform TikTok MATRADE Perkongsian budaya integriti MATRADE kepada pihak berkepentingan. Ikrar Bebas Rasuah Ahli Lembaga Pengarah (ALP) MATRADE Aktiviti yang menzahirkan komitmen oleh Ahli Lembaga Pengarah MATRADE terhadap amalan bebas rasuah dan tadbir urus yang bersih dan telus. Ikrar Bebas Rasuah Pegawai Baharu MATRADE Aktiviti yang memastikan kelangsungan penerapan budaya integriti secara menyeluruh bermula daripada peringkat akar umbi. Pekeliling2u Perkongsian akta/ pekeliling/ garis panduan berkaitan penjawat dan perkhidmatan awam dan MATRADE. Sambutan Hari Integriti Program yang dilaksanakan dalam Bulan Integriti Nasional merangkumi taklimat dan ceramah berkaitan integrity. Taklimat dan Ceramah Integriti Program yang melibatkan penerangan dan perkongsian ilmu berkenaan integriti, tatakelola, governans serta akta dan undangundang berkaitan penjawat awam dan rasuah.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0