Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 91 Penaziran Pematuhan Integriti Bagi memastikan tatakelola MATRADE berada pada tahap yang tinggi, empat (4) naziran integriti telah dilaksanakan sepanjang tahun 2024. Antara skop naziran yang dilaksanakan ialah: • Sistem Rekod/ Pengurusan Buku Log Kenderaan Pejabat; • Pengurusan Geran dan Insentif Eksport bagi BWYEDP; • Pemeriksaan pematuhan waktu bekerja melalui aktiviti Mystery Shopping; dan • Pekerjaan Luar yang dijalankan oleh Pegawai / Kakitangan MATRADE. Penaziran ini dilaksanakan secara sistematik dan berjadual bertujuan mengenal pasti ruang penambahbaikan serta memastikan amalan kerja yang telus, bertanggungjawab dan bebas daripada sebarang bentuk salah laku. Usaha ini mencerminkan komitmen MATRADE dalam membudayakan integriti secara menyeluruh dan menyokong prinsip tadbir urus korporat yang mampan. Peranan MATRADE Dalam Pemerkasaan Ekosistem Perniagaan Beretika Mikrosite e-Integrity MATRADE berperanan aktif sebagai Agensi Penggalak Meja Bulat Integriti Korporat (RTD CISM) yang bertujuan mempromosikan nilai-nilai etika dan amalan perniagaan bebas rasuah dalam kalangan syarikat dan komuniti perniagaan di Malaysia. MATRADE menyediakan mikrosite e-Integrity di dalam portal MATRADE yang berfungsi sebagai pusat rujukan kepada pelbagai maklumat berkaitan integriti seperti garis panduan dalaman, senarai program dan aktiviti Unit Integriti serta saluran aduan rasmi.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0