Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Laporan Tahunan MATRADE 2024 92 Audit Dalam dan Pengurusan Risiko Unit Audit Dalam (UAD) MATRADE telah diluluskan penubuhannya berkuat kuasa 1 Ogos 2003 berikutan penyusunan semula struktur organisasi MATRADE oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui waran yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Bil. B(4.00)576-4Jld 4(24) bertarikh 5 Ogos 2003. UAD merupakan satu fungsi bebas yang memberi kepastian dan khidmat nasihat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi MATRADE. Objektif UAD adalah untuk membantu MATRADE mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus. Pelaksanaan Pengauditan Pada tahun 2024, sebanyak 19 pengauditan telah dilaksanakan seperti berikut: 1. Pengauditan Pematuhan a. Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE Luar Negara Pengauditan ke atas 11 Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE iaitu Almaty (Kazakhstan), Chengdu (RRC), Chennai (India), Mumbai (India), Johannesburg, (Afrika Selatan), Lagos (Nigeria), Los Angeles (AS), Miami (AS), New York (AS), Rotterdam (Belanda) dan Warsaw (Poland). b. Pejabat MATRADE Wilayah Pengauditan ke atas lima (5) Pejabat Wilayah MATRADE Sabah, Sarawak, Wilayah Timur, Wilayah Selatan dan Wilayah Utara. c. Ibu pejabat • Pengurusan Sewaan Ruang Dan Terimaan Hasil Di Menara MATRADE Serta Konsesi MITEC • Pengurusan BWYEDP 2. Pengauditan Prestasi • Pencapaian Strategik Objektif MATRADE – Penilaian Pelan Strategik Perniagaan 3.0 (Business Strategic Plan 3.0) - [2021 - 2025]

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0