Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 93 Perancangan Strategik Perancangan strategik merupakan salah satu aspek utama yang mencorak hala tuju organisasi untuk mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan. Penambahbaikan rangka kerja perlu dilaksanakan secara berterusan supaya sejajar dengan pembangunan eksport negara dalam memacu sektor perdagangan antarabangsa ke tahap yang lebih baik. Oleh itu, kompetensi pihak pengurusan untuk merangka pelan strategik perniagaan yang komprehensif serta fleksibel dapat meningkatkan prestasi dan mengemudi MATRADE ke arah kecemerlangan. Pelan Strategik Perniagaan 3.0 (Business Strategic Plan – BSP 3.0) Perancangan Program Kerja Tahunan MATRADE Pemantauan Pencapaian MATRADE Pelan Strategik Perniagaan (BSP) 3.0 merupakan dokumen panduan lima tahun (2021-2025) mengenai hala tuju MATRADE supaya menjadi sebuah organisasi yang berkredibiliti (Credible), berorientasikan pelanggan (Client-Centric). Ini bagi menjadikan MATRADE sebuah Organisasi Promosi Perdagangan (TPO) yang sentiasa menambah baik perkhidmatan (Value Creating Trade Promotion Organisation) dalam menangani cabaran luaran dan dalaman. BSP 3.0 menggariskan empat (4) kluster strategik yang mengutamakan kepuasan pelanggan dan pemegang taruh seperti berikut: Pelanggan Mengukuhkan daya saing pengeksport. Kewangan Pengurusan kewangan berakauntabiliti dan mapan. Proses Proses dalaman yang cekap dan efektif. Sumber Manusia Tenaga kerja yang komited, cekap dan berpengetahuan BSP saling melengkapi dokumen strategi peringkat nasional seperti Kajian Separuh Penggal RMKe-12, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, NTBp dan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP), serta skopnya merangkumi kesemua Bahagian di dalam MATRADE. Pada tahun 2024, bagi memastikan keberkesanan BSP 3.0. satu kajian separuh penggal BSP 3.0 telah dilaksanakan di mana KPI untuk setiap inisiatif telah dikaji dan ditetapkan semula. Program Kerja Tahunan MATRADE menggabungkan inisiatif berimpak tinggi untuk meningkatkan daya saing serta akses pasaran bagi produk dan perkhidmatan Malaysia serta pembangunan pengeksport dengan pendekatan yang bersesuaian berlandaskan kelestarian dan pendigitalan. Ianya memberi fokus kepada sektor yang mempunyai kadar pertumbuhan serta nilai tinggi (high growth, high value) selari dengan aspirasi NIMP 2030, NTBp dan RMKe-12. Rangka Program Kerja Tahunan MATRADE mengambil kira permintaan dan trend pasaran, maklum balas daripada pejabat perdagangan di luar negara dan juga persatuan industri serta pengeksport, dan dimuktamadkan pada suku terakhir tahun berdasarkan perkembangan semasa serta peruntukan tahunan yang diterima. Senarai program MATRADE diumumkan di pelbagai saluran media tempatan dan boleh diakses melalui portal serta media sosial MATRADE. Program-program ini juga diuar-uarkan kepada persatuan industri yang berkaitan melalui sesi libat urus. Sepanjang tahun 2024, MATRADE telah melaksanakan pelbagai inisiatif strategik selaras dengan mandat untuk membangun dan mempromosi eksport Malaysia ke pasaran antarabangsa bagi menempatkan Malaysia sebagai negara perdagangan global yang kompetitif. Prestasi pencapaian MATRADE dipantau secara sistematik melalui pelbagai pendekatan yang dilaksanakan antaranya Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi mengukur kemajuan organisasi, audit dalaman dan pengurusan risiko, pensijilan kualiti MS ISO 9001:2015 dan pengurusan integritiuntuk memastikan bahawa operasi organisasi dikendalikan dengan betul serta lain-lain pemantauan bagi memastikan MATRADE mencapai hasil yang optimum. Prestasi pencapaian ini dilaporkan secara berkala pada setiap suku tahun kepada pihak pengurusan kanan MATRADE. MATRADE telah merekodkan pencapaian prestasi yang memberangsangkan bagi KPI yang ditetapkan untuk tahun 2024 seperti jumlah syarikat yang dibantu dan nilai jualan eksport yang dijana melalui program-program yang dilaksanakan.
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0