Laporan Tahunan MATRADE 2024 94 Analisis Halangan Perdagangan Bagi Memudahkan Akses Pasaran Komunikasi Strategik Antara cabaran yang dihadapi oleh pengeksport ialah halangan perdagangan dari segi tarif dan bukan tarif yang dikenakan oleh negara lain. Tarif akan menyebabkan kos pengimportan yang lebih tinggi, manakala halangan bukan tarif adalah dalam bentuk peraturan dan garis panduan yang mesti dipatuhi untuk mengakses pasaran negara pengimport. Kedua-dua jenis halangan ini akan meningkatkan kos barangan Malaysia di pasaran antarabangsa, menjadikannya kurang kompetitif. Halangan tarif yang dikenakan oleh negara pengimport boleh ditangani melalui perjanjian perdagangan dua hala dan serantau seperti Perjanjian Perdagangan Bebas, manakala halangan bukan tarif berbeza mengikut peraturan negara pengimport. Bagi tahun 2024, berdasarkan maklum balas pejabat MATRADE di luar negara, sebanyak 385 halangan bukan tarif telah dikenal pasti memberi kesan terhadap akses pasaran eksport Malaysia di luar negara. Antara halangan bukan tarif adalah larangan mengimport, pematuhan pelabelan dan pensijilan, keperluan lesen import bagi barangan terkawal dan berbahaya serta amalan lestari dalam aktiviti syarikat untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Melalui analisis ini, MATRADE dapat memberikan khidmat nasihat perdagangan yang tepat kepada pengeksport Malaysia mengenai peraturan pengeksportan barangan ke negara-negara rakan dagang. MATRADE terus berusaha mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan dengan menekankan keberkesanan komunikasi melalui penambahbaikan sistem yang bukan sahaja memantapkan proses kerja, tetapi juga mengeratkan hubungan pemegang taruh. Pelbagai inisiatif perhubungan awam dan kerjasama media telah dilaksanakan bagi memenuhi keperluan serta jangkaan pelanggan yang semakin tinggi. Prestasi yang cemerlang ini meningkatkan lagi jenama MATRADE sehingga menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Anugerah Majikan Terbaik 2024, ASEAN Most Recognised Brands 2024, World Travel Awards 2024, BrandLaureate Awards 2024 dan Best Promotion on Investment Corporation Award (CAEXPO) 2024. Anugerah Putra Brand Dan Anugerah Putra Aria Brand MATRADE bekerjasama dengan Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As), Malaysian Advertisers Association (MAA), Media Specialists Association (MSA) dan Malaysian Digital Association (MDA) untuk memperkukuh dan menambah baik penjenamaan eksport Malaysia. Kerjasama ini diwujudkan bagi menyokong penganjuran Anugerah Putra Brand dan Anugerah Putra Aria Brand, yang bertujuan mengiktiraf kecemerlangan jenama tempatan dalam pasaran eksport. Hubungan erat yang terjalin selama lebih 12 tahun antara MATRADE dan 4As dibina atas asas visi bersama, keazaman tinggi serta komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan dan pertumbuhan jenama Malaysia di persada antarabangsa.
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0