Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 95 Kerjasama Strategik Bersama Star Media Group MATRADE bekerjasama rapat dengan Star Media Group dalam usaha memperkukuh penjenamaan syarikat-syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa. Antara inisiatif yang dijalankan bersama adalah: MoU mengenai memaksimumkan impak media atas inisiatif perdagangan antarabangsa Malaysia Liputan khas sempena penyertaan Malaysia dalam semua pameran perdagangan yang diselaraskan oleh MATRADE di luar negara. Kandungan ini disiarkan melalui pelbagai saluran media milik Star Media Group iaitu media cetak The Star dan StarBiz, serta dalam platform digital mereka. Inisiatif yang meningkatkan visibiliti dan kredibiliti syarikat tempatan di mata pembeli antarabangsa, memberi fokus kepada kebolehan produk tempatan, inovasi serta pencapaian eksport. Export Excellence Awards (EEA) 2024 MATRADE turut menjalin kerjasama dalam penganjuran Export Excellence Awards (EEA) yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada para usahawan dan syarikat pengeksport yang berjaya. Penyertaan aktif MATRADE dalam program ini selaras dengan peranannya sebagai agensi promosi perdagangan negara, sekali gus membantu pengeksport tempatan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka ke peringkat antarabangsa. Anugerah ini merangkumi pelbagai kategori berkaitan eksport seperti “Halal Products”, “Rising Star” dan “Exporter of the Year”, yang memberi peluang kepada pengeksport untuk menonjolkan pencapaian mereka serta meningkatkan kredibiliti di mata dunia. The Star Oustanding Business Award (SOBA) Kerjasama dalam penganjuran SOBA bermula sejak tahun 2016, bagi memperkukuh kedudukan MATRADE sebagai organisasi promosi perdagangan (TPO) negara melalui penglibatan dalam program berprestij ini yang bertujuan memberi penghargaan kepada komuniti perniagaan tempatan yang telah memainkan peranan penting dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Melalui kerjasama ini, MATRADE bukan sahaja dapat memperluas jalinan strategik bersama pihak media, malah dapat mendekati lebih banyak PMKS daripada pelbagai sektor. SOBA juga berfungsi sebagai platform berimpak tinggi untuk memperkenalkan peranan dan perkhidmatan MATRADE kepada PMKS serta menggalakkan mereka agar lebih proaktif dalam meneroka peluang pasaran global. Pengurusan Media Sosial MATRADE Pada tahun 2024, MATRADE aktif menguruskan enam platform media sosial utama iaitu Facebook, Instagram, LinkedIn, X, YouTube dan TikTok. Secara keseluruhan, MATRADE berjaya mencapai 87,775 pengikut merentas semua platform. Perkembangan jumlah pengikut adalah konsisten dan 100% organik tanpa sebarang pembelian media atau pengikut berbayar. Walaupun kadar pertumbuhan adalah sederhana (peningkatan 8% berbanding tahun 2023), ia tetap stabil dan menunjukkan peningkatan yang sihat serta berterusan sepanjang tahun. Secara purata, 43 hantaran dibuat setiap bulan yang merangkumi topik berkaitan aktiviti promosi eksport dan pembangunan pengeksport, prestasi perdagangan, video berkaitan integriti dan khidmat pengumuman am MATRADE. 29,449 11,007 20,902 24,996 913 508 Keseluruhan Pengguna lelaki Purata Sebulan Pungguna wanita 01 Pengikut Media Sosial 02 Bilangan Pos 03 Purata Pengguna Facebook 512 59.7% 40.3% 43
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0