Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 97 MyExport: Perkhidmatan Digital MATRADE Tadbir Urus Digital MATRADE Pemanfaatan Analitis Data Raya ( Big Data Analytic) MyExport merupakan sebuah platform dalam talian yang membolehkan pengeksport Malaysia yang berdaftar sebagai ahli MATRADE mengakses maklumat berkaitan perdagangan secara digital dan tepat pada bila-bila masa. Sepanjang tahun 2024, pelbagai maklumat berkaitan risikan perdagangan telah dikumpul dan dikongsikan melalui MyExport, oleh 49 pejabat luar negara MATRADE. Antara maklumat utama yang disalurkan termasuk Pertanyaan Perdagangan, Makluman Pasaran, Kajian Produk dan Pasaran, serta Notis Tender Antarabangsa. Sebanyak 446 pertanyaan perdagangan telah diterima daripada pelbagai negara termasuk AS, Amerika Latin, Eropah, India, Afrika serta negara-negara ASEAN. Produk makanan merupakan kategori paling tinggi menerima permintaan diikuti oleh produk berasaskan minyak sawit, bahan kimia, mineral dan aloi, produk pertanian serta perabot. Selain itu, 114 kajian produk serta pasaran telah disalurkan kepada 4,298 pengguna berdaftar MyExport. Bagi memperkasa literasi digital dan memperkukuh kesiapsiagaan pengeksport dalam ekosistem perdagangan global yang dipacu oleh teknologi, sebanyak 11 program promosi dan kesedaran telah dilaksanakan untuk meningkatkan penggunaan MyExport. Beberapa inisiatif pengukuhan tadbir urus digital diteruskan pada tahun 2024 bagi memperkukuh prosedur ICT melalui penambahbaikan dasar dan polisi yang melibatkan Polisi Tadbir Urus Data MATRADE, Dasar Keselamatan ICT (DKICT) MATRADE dan Polisi Agihan Peralatan IT MATRADE. Analitis data raya dapat membantu MATRADE memahami trend pasaran, tingkah laku pengguna, dan dinamik persaingan (competitive dynamics) dengan lebih mendalam. Pada tahun 2024, MATRADE telah membangunkan papan pemuka Prestasi Perdagangan Malaysia untuk mengenal pasti trend eksport dan import, memahami prestasi pengeksport Malaysia, dan mengenal pasti produk-produk yang mempunyai potensi eksport yang tinggi. Kerjasama dengan Jabatan Digital Negara di dalam inisiatif Data Raya Sektor Awam juga diteruskan untuk menyokong inisiatif ini di peringkat sektor awam. 560 Pertanyaan Perdagangan 114 kajian produk serta pasaran telah disalurkan kepada 4,298 pengguna berdaftar MyExport 11 program promosi dan kesedaran telah dilaksanakan bagi meningkatkan penggunaan MyExport
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0