Laporan Tahunan MATRADE 2024 98 Infrastruktur Digital Yang Mampan dan Selamat Pekerja Digital dan Minda Digital Pematuhan MS ISO 9001: 2015 Tahap Kepuasan Perkhidmatan ICT 2024 Sejajar dengan transformasi digital, MATRADE meneruskan agenda pendigitalan dan kelestarian dengan melengkapi infrastruktur rangkaian dan sistem sidang video yang terkini dan mesra pengguna. Kemudahan ini turut menyediakan liputan rangkaian tanpa wayar yang lebih luas, membolehkan warga MATRADE menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih produktif. Kemudahan ini diperluaskan kepada penyewa dan pelawat di ruang terbuka Menara MATRADE. Infrastruktur rangkaian turut dinaik taraf di Pejabat Perdagangan Luar Negara dan Pejabat Wilayah. Agenda ini mengambil kira tahap ketersediaan dan penyelesaian jangka panjang yang kos efektif. Penaiktarafan infrastruktur ICT MATRADE merangkumi Pusat Data dan perkakasan end-points termasuk peralatan rangkaian dan sistem audio visual MATRADE dengan nilai tambah penggunaan teknologi terkini yang relevan. Selain itu, inisiatif ini menggantikan peralatan rangkaian ICT yang berada dalam fasa end of support (EOS) yang akan tamat sokongan daripada pihak prinsipal secara berperingkat. Penyediaan sistem rangkaian ICT yang mampan dan selamat di MATRADE adalah penting untuk: 1. menyokong pelbagai integrasi maklumat dalam saluran penyampaian digitalnya. Infrastruktur ICT berteknologi terkini dengan tahap ketersediaan yang terjamin dan keselamatan yang kukuh diperlukan bagi mencapai agenda perkhidmatan awam. 2. menyokong usaha pendigitalan berterusan seperti MIHAS Virtual dan eBizMatch. Inisiatif ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelanggan, pihak berkepentingan dan kakitangan sekiranya masih menggunakan peralatan ICT dan rangkaian yang usang, berprestasi rendah dan tiada sokongan prinsipal (End of Support/Life). 3. meluaskan jangkauan promosi eksport menerusi kemudahan sidang video yang lengkap dan berkualiti. Kemudahan infrastruktur ini membolehkan MATRADE mengadakan sidang video secara maya atau hibrid dengan komuniti perdagangan di dalam dan luar negara serta jabatan-jabatan berkaitan, sekaligus menjadi pemboleh daya utama dalam usaha ini. 4. meningkatkan produktiviti melalui peningkatan mobiliti di kalangan pegawai MATRADE dengan penaiktarafan peralatan WiFi MATRADE. Pelanggan, pihak berkepentingan dan organisasi penyewa turut mendapat manfaat yang sama di ruang-ruang guna sama yang dibenarkan. Bagi mempertingkat kompetensi digital dan memperkukuh pembudayaan ICT dalam kalangan warga MATRADE, sebanyak 47 sesi latihan ICT telah dilaksanakan merangkumi penggunaan sistem baharu, latihan pengukuhan sistem aplikasi, analitik data, pemindahan teknologi dan tadbir urus data. Sebanyak 15 sesi Technology Update telah diadakan dengan penglibatan penyedia perkhidmatan ICT luar bagi membolehkan pegawai-pegawai ICT mengemas kini pengetahuan dari masa ke semasa dan peka dengan perkembangan teknologi. Secara keseluruhannya, program latihan dan pembudayaan digital telah melibatkan 1,092 penyertaan. Perkhidmatan ICT yang disenaraikan sebagai Prosedur Sokongan MS ISO 9001:2015, adalah Pengendalian Aduan Sistem IT. MATRADE telah meningkatkan penetapan Objektif Kualiti Pengendalian Aduan Sistem IT daripada 85% kepada 90% dan seterusnya telah berjaya mengekalkan pencapaian sifar Laporan Ketidakpatuhan (0 Non-Compliance Report) selama 17 tahun berturut-turut sejak tahun 2008. Pencapaian ini secara tidak langsung turut membantu MATRADE mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2015. Dalam usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan selaras dengan objektif untuk menyediakan perkhidmatan digital yang cemerlang, MATRADE telah menjalankan kajian kepuasan perkhidmatan ICT untuk tahun 2024. Hasil kajian menunjukkan bahawa 99% pekerja berpuas hati dengan perkhidmatan ICT yang disediakan. Pencapaian ini mencerminkan komitmen MATRADE terhadap kecemerlangan dan keupayaannya untuk menyokong agenda pendigitalan.. 1,092 penyertaan 15 sesi Technology Update
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0