Portal e-Integrity


Integrity02 min


Fungsi Unit Integriti

Unit Integriti MATRADE ditubuhkan pada 15 Februari 2016 berdasarkan arahan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6/2013. Unit ini berfungsi sebagai titik fokus dalam menguruskan isu-isu yang berkaitan dengan tadbir urus (governance), integriti dan antirasuah dalam MATRADE.


Enam (6) fungsi Unit Integriti adalah:

1. Tadbir Urus

Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.

2. Pengukuhan Integriti

Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.

3. Pengesanan & Pengesanan

  • Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
  • Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.

4. Pengurusan Aduan

Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

5. Pematuhan

Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

6. Tatatertib

Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.


FAQ UNIT INTEGRITI

Page 1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Unit Integriti?

Unit Integriti adalah merujuk kepada satu unit, bahagian atau jabatan di sesebuah organisasi yang melaksanakan enam (6) Fungsi Teras Integriti seperti digariskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 tahun 2013.

2. Apakah itu Bahagian Pengurusan Integriti Agensi?

Satu bahagian di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang berperanan menyelaras pelaksanaan fungsi Unit Integriti. Bahagian ini turut bertanggungjawab untuk menyediakan dasar dan mekanisme pengurusan integriti di agensi sektor swasta awam.

3. Agensi manakah yang perlu menubuhkan Unit Integriti?

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 tahun 2013, kesemua Kementerian , Pejabat Ketua Setiausaha Kerajaan perlu mewujudkan Unit Integriti di peringkat masing-masing.

Bagi Kementerian atau Pejabat Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) adalah menjadi tanggungjawab untuk memantau pelaksanaan tugas Unit Integriti agensi/ jabatan di bawah seliaannya bagi memastikan bahawa pelaksanaan fungsi Unit Integriti dapat dilaksanakan di tahap optimum.

4. Apakah matlamat dan tujuan Unit Integriti ditubuhkan?

Matlamat dan tujuan adalah sebagai usaha kawalan dalaman agensi dalam pengukuhan pengurusan integrity agensi yang bersandarkan kepada 6 prisip asas Pengurusan UI Sektor Awam di Malaysia iaitu;

  • Struktur UI
  • Undang-undang, peraturan, sistem dan prosedur agensi
  • Nilai dan budaya kerja agensi
  • Pengurusan risiko
  • Pematuhan
  • Kualiti modal insan

5. Di manakah kedudukan struktur Unit Integriti dalam sesuatu agensi?

Berdasarkan Pekeliling Bil. 6 Tahun 2013, struktur Unit Integriti adalah berada secara terus di bawah Ketua Jabatan iaitu Ketua Setiausaha (KSU) bagi Kementerian, SUK Negeri dan Ketua Pengarah atau CEO bagi badan berkanun atau agensi.

6. Siapakah yang menentukan struktur Unit Integriti Agensi?

Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) yang menentukan struktur Unit Integriti dan mewujudkan perjawatan berdasarkan kepada penarafan risiko agensi dan dasar perjawatan semasa.

7. Siapakah yang bertanggungjawab dalam melaksanakan penarafan risiko rasuah sesebuah agensi?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang bertanggungjawab melaksanakan penarafan risiko agensi bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menetapkan model Unit Integriti yang bersesuaian. Taraf risiko sesuatu agensi dilaksanakan setiap tiga (3) tahun atau mengikut  keperluan.

2

8. Apakah struktur dan perjawatan Unit Integriti bagi organisasi yang berisiko tinggi, sederhana dan rendah?

Picture1

9. Sekiranya struktur dan bilangan perjawatan tidak seperti yang ditentukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, bagaimanakah Unit Integriti dapat melaksanakan 6 fungsi teras yang dipertanggungjawabkan dengan berkesan?

Adalah menjadi tanggungjawab agensi berkenaan untuk memohon waran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk memenuhi kehendak struktur Unit Integriti Agensi. Selain itu, Ketua Unit Integriti perlu membahagikan fungsi tugas kepada pegawai supaya memastikan kesemua fungsi teras Unit Integriti dilaksanakan dengan baik.

10. Apakah indikator-indikator yang digunakan bagi menentukan tahap risiko agensi?

  • Saiz agensi dan bajet agensi
  • Bilangan maklumat rasuah yang diterima oleh SPRM berkaitan agensi tersebut
  • Bilangan kes yang dituduh oleh SPRM melibatkan warga agensi tersebut
  • Komponen-komponen yang relevan mengikut keperluan semasa

11. Apakah keperluan asas sebagai seorang Ketua Unit Integriti?

Pegawai yang memegang jawatan dan dilantik sebagai Ketua Unit Integriti (KUI) hendaklah mengikut Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) anjuran Pusat Pembangunan Integriti Korporat (CIDC), Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

12. Kepada siapakah Unit Integriti bertanggungjawab untuk melaporkan perlaksanaan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan?

Berdasarkan Pekeliling Bil. 6 tahun 2013, UI perlu melapor perlaksanaan dan aktiviti-aktiviti enam (6) Fungsi Teras UI kepada Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA), SPRM melalui pelaporan berkala menggunakan templat khusus pada setiap empat (4) bulan.

13. Apakah tanggungjawab sesebuah Unit Integriti di peringkat Kementerian?

Unit Integriti bertanggungjawab untuk memantau dan menyelia kesemua Jabatan dan Agensi di bawah seliaan Kementerian dan perlu memberi pelaporan terus berkenaan pelaksanaan fungsi Unit Integriti dan sebarang isu kepada Ketua Setiausaha Kementerian.

14. Apakah tanggungjawab sesebuah Unit Integriti di peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri?

Unit Integriti bertanggungjawab untuk memantau dan menyelia kesemua agensi di bawah seliaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan perlu memberi pelaporan terus berkenaan pelaksanaan fungsi Unit Integriti dan sebarang isu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

3

15. Bagaimanakah usaha kawalan dalaman pengurusan integriti dapat dilaksanakan oleh Unit Integriti?

Usaha kawalan dalaman pengurusan integriti dapat dilaksanakan oleh Unit Integriti berlandaskan enam (6) Fungsi Teras yang digariskan iaitu;

  • Tadbir Urus
  • Pengurusan Aduan
  • Pengukuhan Integriti
  • Pematuhan
  • Pengesanan dan Pengesahan
  • Tatatertib

16. Apakah yang dimaksudkan dengan tugas Pengurusan Aduan?

Mewujudkan satu saluran aduan yang sistematik untuk menerima aduan-aduan mengenai rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan tindakan diambil ke atas setiap aduan/maklumat yang diterima.

17. Apakah yang dimaksudkan dengan tugas pengesanan dan pengesahan?

Tugas pengesanan ialah mengesan melalui sumber-sumber dalaman atau luaran, salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan, etika organisasi manakala tugas pengesahan ialah menjalankan pengesahan maklumat bagi memastika wujudnya asas pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi serta mengemukakan hasil siasatan kepada pihak urus setia tatatertib dan agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab bagi tindakan susulan.

18. Apakah yang dimaksudkan dengan tugas pengukuhan integriti?

Memastikan pembudayaan dan pelaksanaan integriti dalam organisasi dapat dicapai, fungsi teras pengukuhan integriti adalah merupakan salah satu tanggungjawab penting Pegawai Unit Integriti di setiap agensi. Unit Integriti bertanggungjawab untuk menyelaras, merancang dan memastikan pelaksanaan program kesedaran dan pendidikan bagi meningkatkan amalan nilai-nilai murni, etika dan integriti pegawai/ kakitangan dan jabatan dijalankan.

19. Apakah yang dimaksudkan dengan tugas pematuhan?

Pemantauan ke atas pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa di setiap organisasi bagi memastikan tiada ruang dan peluang untuk pegawai dan kakitangan melakukan kesalahan dari segi jenayah mahupun tata kelakuan dan etika.

20. Apakah yang dimaksudkan dengan tugas tadbir urus?

Tugas tadbir urus adalah satu fungsi teras yang penting dalam pengurusan integriti agensi. Fungsi ini berperanan untuk memastikan tadbir urus terbaik dapat dilaksanakan dalam usaha untuk memperkukuhkan integriti pegawai dan kakitangan di Kementerian/ Agensi/ Jabatan serta menangani isu-isu berkaitan integriti terutamanya perilaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Secara amnya, tugas tadbir urus adalah mengenalpasti risiko-risiko rasuah dan pelanggaran integriti dalam organisasi serta melaksanakan penambahbaikan sistem dan prosedur organisasi terbabit dalam menangani ruang dan peluang berlakunya rasuah.

21. Apakah yang dimaksudkan dengan tugas tatatertib?

Sebagaimana digariskan di dalam Pekelling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2013, Unit Integriti adalah bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib. Berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, sebagai urus setia tatatertib Unit Integriti perlu menyediakan dokumen Kertas Pertimbangan Lembaga Tatatertib/ Surcaj mengikut klasifikasi pegawai sehingga kes selesai, melaksanakan fungsi urus setia dan prosedur tatatertib dan surcaj untuk pertimbangan Lembaga Tatatertib dan menguruskan prosiding tatatertib sehingga keputusan Lembaga Tatatertib yang berkaitan.

4

22. Apakah peranan Unit Integriti dalam keurussetiaan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) peringkat organisasi dan juga di peringkat kebangsaan?

Unit Integriti merupakan urus setia bagi Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) di Kementerian/ Agensi masing-masing seperti mana yang dinyatakan  dalam Buku Arahan YAB Perdana Menteri No. Tahun 2014 Penubuhan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) rujuk pada Perkara 10 Peranan dan Tanggungjawab Urus Setia Peringkat Kementerian.

23. Apakah peranan Unit Integriti berkaitan Laporan Ketua Audit Negara?

Unit Integriti perlu menyemak Laporan Ketua Audit Negara dan bekerjasama dengan Unit Audit Dalam (UAD) mengambil tindakan ke atas dapatan Laporan Ketua Audit Negara di organisasi masing- masing bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi. Sekiranya Jawatankuasa Siasatan Khas ditubuhkan hasil dari Laporan Ketua Audit Negara, Unit Integriti akan dilantik sebagai urus setia bagi jawatankuasa tersebut.

24. Adakah Unit Integriti melaksanakan tugas pengisytiharan harta warga organisasi?

Tidak. Tugas pengisytiharan harta adalah tugas Unit HRMIS. Unit Integriti hanya perlu memantaunya di bawah fungsi pematuhan.

25. Adakah Unit Integriti melaksanakan tanggungjawab memproses permohonan memiliki tanah kerajaan, memilik saham dan permohonan mengambil bahagian dalam politik?

Unit Integriti tidak melaksanakan tanggungjawab memproses permohonan memiliki tanah kerajaan, memilik saham dan permohonan mengambil bahagian dalam politik tetapi hanya menyimpan rekod berkaitan di bawah fungsi tatatertib.

26. Apakah mekanisme bersesuaian yang perlu dilaksanakan dalam mengekang perbuatan rasuah dan bidang-bidang berisiko yang telah dikenalpasti?

Antara mekanisme bagi mengekang perbuatan rasuah adalah dengan mengenalpasti bahagian/ unit yang berisiko tinggi untuk berlakunya rasuah Corruption Risk Assessment (CRA), seterusnya merancang untuk menguruskan risiko rasuah melalui Pelaksanaan Corruption Risk Management (CRM).

27. Sekiranya terdapat ketirisan di dalam dasar, sistem atau prosedur kerja apakah tindakan yang wajar dilaksanakan oleh Unit Integriti?

Unit Integriti perlu menyemak dan mengkaji ke atas sistem dan prosedur yang sedia ada serta mencadangkan kepada pihak pengurusan untuk mengenalpasti, mengkaji serta membuat pindaan kepada mana-mana dasar dan perundangan serta peraturan yang dapat mengatasi masalah kelemahan, mempertingkatkan kawalan terhadap perlakuan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kelemahan pentadbiran seterusnya dapat menutup ruang dan peluang melalui dasar dan peraturan yang kemas dan tidak longgar.

28. Bagaimanakah Unit Integriti dan Unit Audit Dalam (UAD) boleh bekerjasama rapat?

Unit Integriti dan Unit Audit Dalam (UAD) boleh bekerjasama rapat dengan mengesan sebarang loop holes melalui Risk Based Auditing yang dilaksanakan oleh Unit Audit Dalam (UAD). Perkara ini akan memberi kelebihan kepada kedua-dua unit dalam usaha mengekang salah laku rasuah dan tata kelakuan.

5

29. Adakah Unit Integriti boleh menjadi ahli dalam Mesyuarat Pemilihan Tender perolehan kerajaan?

Tidak boleh. Ini adalah kerana bagi memastikan ketelusan di dalam proses pemilihan tender dan mengelakkan berlakunya conflict of interest. Unit Integriti hanya boleh memberikan nasihat dan pandangan sekiranya diperlukan.

30. Sekiranya terdapat kekangan kewangan dalam menjalankan program/ aktiviti, bagaimanakah cara untuk Unit Integriti meneruskan pelaksanaan program/ aktiviti tersebut?

Melalui National Blue Ocean Strategy (NBOS), Unit Integriti disarankan agar bekerjasama dengan Kementerian/ Jabatan lain untuk menjalankan program/ aktiviti. Perkara ini telah diputuskan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara melalui Mesyuarat Khas KSN Bersama Ketua Unit Integriti Sektor Awam Bil.1/ 2016.

matrade podcast

Infographics

Press Releases

More...

News Clippings

More...

Quick Links

  • Warna Merah / Red Color
  • Warna Biru / Blue Color
  • Warna Hijau / Green Color
  • Warna Asal / Original Color