bg bannerBox whistleblowing min

WHISTLEBLOWER

MATRADE telah mewujudkan Dasar Pemberian Maklumat (Whistleblowing Policy) bagi menyalurkan maklumat kelakuan tidak wajar dan mengesan unsur-unsur salah laku jenayah (penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah), pelanggaran tatakelakuan dan pelanggaran etika organisasi oleh warga MATRADE.

Polisi ini memberi peluang kepada warga MATRADE/ orang awam untuk mendedahkan sebarang kelakuan yang tidak beretika atau penyelewengan melalui salah satu saluran-saluran berikut:

  1. Aduan secara lisan dengan hadir ke Unit Integriti;
  2. Aduan bertulis melalui borang aduan atau email kepada Ketua Unit Integriti

Pengurus Kanan
Unit Integriti MATRADE
Tingkat 21, East Wing, Menara MATRADE
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Emel: whistleblower[@]matrade.gov.my
Talian: 03-6207 7411/ 03-6207 7409


PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT

Pemberi maklumat akan diberi perlindungan di bawah Dasar ini jika pendedahan yang dibuat adalah benar dan jujur. Perlindungan Pemberi Maklumat adalah termaktub di dalam Garis Panduan Pelaksanaan Polisi Pemberi Maklumat MATRADE.

Pemberi Maklumat Perlulah mengemukakan butiran seperti berikut:

  1. Nama;
  2. Jawatan;
  3. Unit/ Bahagian;
  4. Emel, nombor telefon; dan
  5. Alamat

KERAHSIAAN

MATRADE akan mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan identiti dan maklumat peribadi Pemberi Maklumat akan dilindungi pada setiap masa dan disimpan secara rahsia, sehingga ke satu tahap yang munasabah. Maklumat anda adalah selamat.