Pelan Antirasuah MATRADE 2021 - 2025 ini adalah berpandukan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) melalui Arahan YAB Perdana Menteri No 1 Tahun 2018 Siri 2, No. 1 2019 berkaitan Pemantapan Governans, Integriti dan Antirasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi.

Perkara ini juga telah dinyatakan di dalam Pelan Antirasuah Nasional (2019 - 2023) di bawah Strategi 6, perkara 6.2.1 yang mewajibkan semua badan berkanun membangunkan OACP dengan dibantu oleh Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah (GIACC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM).

Visi

  • Menjadikan Warga MATRADE bebas rasuah dan salah laku;
  • Memastikan Warga MATRADE mengamalkan budaya kerja yang unggul dengan moral dan etika yang kukuh; dan
  • Meningkatkan integriti bagi membendung salah laku dan jenayah rasuah.

Misi

Memperkukuhkan Govenans, Integriti dan Antirasuah Warga MATRADE melalui pematuhan terhadap undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa bagi memastikan Warga MATRADE sentiasa berkhidmat secara telus, amanah, bebas rasuah serta proaktif terhadap kehendak pelanggan berdasarkan prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban.

Matlamat

  • Membudayakan amalan integriti dalam penyampaian perkhidmatan di MATRADE; dan
  • Membangunkan persekitaran kerja yang kondusif dan bebas salah laku bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, amanah dan berintegriti

Strategi

  • Mempraktikkan Tadbir Urus MATRADE Yang Unggul.
  • Memperkasa Tadbir Urus MATRADE Berdasarkan Pekeliling Yang Berkuatkuasa.
  • Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan MATRADE.
  • Pematuhan Kepada Peraturan Kewangan.
  • Memperkasakan Kepatuhan Undang-Undang Dalam Operasi dan Pentadbiran Organisasi.