e-Integrity
Infografik Rumusan ABMS
Infografik Rumusan CRM
Latar Belakang ABMS
ABMS merupakan standard kawalan dalaman MATRADE bagi mengenalpasti dan mencegah risiko rasuah, mengambil tindakan ke atas kesalahan jenayah rasuah, salah guna kuasa & penyelewengan serta mematuhi undang-undang rasuah.
Faedah Pelaksanaan ABMS
Pembangunan ABMS ini dapat membantu MATRADE dalam mencegah, menghalang, mengesan dan bertindak balas terhadap apa sahaja bentuk rasuah serta mematuhi undang-undang, peraturan dan komitmen lain yang berkaitan.
Senarai Prosedur ABMS MATRADE
Selaras dengan keperluan ABMS, prosedur-prosedur seperti di bawah telah diwujudkan. Prosedur-prosedur ini telah disemak dan diluluskan oleh Pengarah/Pengarah Kanan Bahagian MATRADE. Prosedur ini juga telah ditambah baik oleh pihak konsultan bagi memastikan ia adalah selaras dengan keperluan bagi pelaksanaan ABMS
Prosedur Utama
- MT/PU-01 : Pengurusan Program Promosi Eksport; dan
- MT/PU-02 : Pengurusan Dana Kepada Pengeksport.
Prosedur Sokongan
- MT/PS-01 : Perancangan Program Kerja Tahunan (AWP) MATRADE;
- MT/PS-02 : Penyediaan Anggaran Belanjawan Mengurus & Pembangunan Tahunan;
- MT/PS-03 : Pengurusan Perolehan Bekalan/ Perkhidmatan/ Kerja;
- MT/PS-04 : Pengurusan Pembayaran & Terimaan Aktiviti Promosi;
- MT/PS-05 : Pengurusan Pembayaran Geran;
- MT/PS-06 : Pengendalian Aduan Sistem IT
- MT/PS-07 : Pengurusan Agen Kembara
- MT/PS-08 : Pengurusan Aduan Pelanggan/ Awam
- MT/PS-09 : Pengurusan Penjanaan Hasil MATRADE
- MT/PS-10 : Pengurusan Tuntutan Perjalanan Bertugas Rasmi
Prosedur Pengurusan
- MT/PP-01 : Pengurusan Risiko Rasuah
- MT/PP-02 : Pengesanan & Pengesahan (Siasatan)
- MT/PP-03 : Audit Dalaman ABMS
- MT/PP-04 : Tindakan Pembetulan
- MT/PP-05 : Kawalan Dokumen
- MT/PP-06 : Proses Pelantikan Pegawai Baharu (Contract of Service)
- MT/PP-07 : Pengurusan Kompetensi & Latihan
- MT/PP-08 : Audit Penyediaan Program Tahunan
- MT/PP-09 : Pengurusan Aduan Fasiliti
- MT/PP-10 : Pengurusan Rekod
Latar Belakang CRM
Pengenalan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM)
Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) telah melaksanakan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) selaras dengan saranan dalam Pekeliling Ketua Setiausaha Negara Bilangan 1 Tahun 2018 dan Garis Panduan CRM oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Inisiatif ini merupakan komitmen organisasi dalam membudayakan integriti, tadbir urus yang baik dan langkah pencegahan rasuah yang proaktif.
CRM merupakan sebahagian daripada strategi antirasuah organisasi dan berfungsi menyokong Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) serta Pelan Antirasuah Nasional (NACP). MATRADE komited untuk mengekalkan persekitaran kerja yang bebas rasuah melalui pelaksanaan CRM secara berterusan dan penambahbaikan berasaskan risiko.
Corruption Risk Management (CRM)