The Official Portal Of Malaysia External Trade Development Corporation
PERDAGANGAN MALAYSIA PADA SEMBILAN BULAN PERTAMA MENINGKAT 10.2% TAHUN KE TAHUN, MELEPASI ARAS RM 2 TRILION#
Perdagangan Kekal Kukuh, Disokong Terutamanya oleh Eksport Keluaran Pertanian Berasaskan Minyak Sawit
Perdagangan Malaysia pada tempoh Januari hingga September 2024 meningkat 10.2% kepada RM2.139 trilion, melebihi aras RM2 trilion dalam tempoh sembilan bulan berbanding sepuluh bulan pada tahun lalu. Sejajar dengan unjuran oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang menganggarkan peningkatan eksport di Asia sebanyak 7.4% pada 2024, eksport Malaysia berkembang sebanyak 5.2% kepada RM1.115 trilion. Import naik 16.1% kepada RM1.024 trilion, menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM91.21 bilion.
Pada September 2024, prestasi perdagangan Malaysia mengukuhkan lagi momentum peningkatannya, mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun yang kesembilan bulan berturut-turut. Perdagangan naik sebanyak 4.7% kepada RM234.84 bilion berbanding September 2023 disokong terutamanya oleh prestasi yang kukuh dalam sektor pertanian. Malaysia mencatatkan eksport bernilai RM124.01 bilion, dan import sebanyak RM110.83 bilion, menghasilkan lebihan dagangan yang ke-53 bulan berturut-turut.
Pertumbuhan eksport telah dicatatkan bagi barangan optik dan saintifik, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit serta jentera, kelengkapan dan peralatan. Dari segi pasaran, kenaikan eksport yang ketara telah dicatatkan ke Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Taiwan. Tambahan pula, eksport ke Taiwan Embargo sehingga jam 1200, Jumaat, 18 Oktober 2024 Embargo sehingga jam 1200, Jumaat, 18 Oktober 2024 2 merekodkan nilai tertinggi setakat ini, dipacu oleh eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E), khasnya peranti semikonduktor dan litar bersepadu elektronik (ICs).
Disokong oleh pertumbuhan kukuh 5.1% bagi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada separuh pertama (1H) 2024, Bank Dunia telah menaikkan unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia kepada 4.9% bagi 2024 (unjuran pada April 2024: 4.3%). Sementara itu, WTO juga telah menyemak lebih tinggi pertumbuhan volum perdagangan barangan dunia kepada 2.7% untuk 2024 (unjuran pada April 2024: 2.6%), berikutan inflasi yang lebih rendah dan persekitaran kadar faedah lebih baik, faktor yang secara amnya menggalakkan perbelanjaan perniagaan, serta meningkatkan pendapatan isi rumah dan perbelanjaan pengguna. Tinjauan yang optimis ini digambarkan di dalam petunjuk makroekonomi Malaysia yang bertambah baik, termasuklah perdagangan, yang meletakkan negara ini pada landasan yang betul ke arah pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan mampan pada tahun mendatang.
Pada September 2024, eksport barangan perkilangan yang menyerap 86.2% daripada jumlah eksport mengurang secara marginal sebanyak 0.5% kepada RM106.95 bilion disebabkan oleh penurunan eksport keluaran petroleum, barangan E&E serta barangan besi dan keluli. Walau bagaimanapun, kenaikan eksport telah direkodkan bagi barangan optik dan saintifik, jentera, kelengkapan dan peralatan serta keluaran getah.
Eksport keluaran pertanian (7.3% syer) mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun yang keenam bulan berturut-turut, naik 10.9% kepada RM9 bilion. Ini dipacu oleh permintaan yang kukuh bagi minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit berikutan pertambahan kuantiti dan harga eksport.
Sementara itu, eksport hasil galian (5.9% syer) mengurang 7.8% tahun ke tahun kepada RM7.33 bilion berikutan penyusutan eksport petroleum mentah disebabkan oleh penurunan kuantiti dan harga eksport. Walau bagaimanapun, eksport gas asli cecair (LNG) merekodkan peningkatan disumbangkan oleh pertambahan kuantiti dan harga eksport.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, eksport hasil galian mengembang 1.9%, manakala eksport barangan perkilangan dan keluaran pertanian masing-masing menyusut sebanyak 4.5% dan 1.5%.
Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2024, eksport barangan perkilangan naik 5.2% kepada RM954.66 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023, disumbangkan oleh peningkatan eksport jentera, kelengkapan dan peralatan, barangan optik dan saintifik serta barangan perkilangan logam. Eksport hasil galian mengembang 0.7% kepada RM77.38 bilion, disokong oleh kenaikan eksport petroleum mentah dan LNG. Sementara itu, eksport keluaran pertanian bertambah 9.5% kepada RM75.86 bilion, dipacu oleh eksport yang kukuh bagi minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit serta getah asli.
Pada September 2024, perdagangan Malaysia dengan rakan dagang utama iaitu ASEAN, China, AS, EU dan Taiwan, mewakili 67.6% syer daripada jumlah perdagangan Malaysia pada bulan ini.
Perdagangan dengan ASEAN pada September 2024 yang merangkumi 25.9% daripada jumlah perdagangan Malaysia meningkat 0.03% tahun ke tahun kepada RM60.92 bilion, pertumbuhan tahun ke tahun yang ketujuh bulan berturut-turut. Eksport menurun 4.6% kepada RM33.98 bilion disebabkan oleh pengurangan permintaan bagi barangan E&E, barangan optik dan saintifik serta petroleum mentah. Di sebalik penyusutan ini, pertumbuhan eksport telah direkodkan bagi keluaran petroleum, jentera, kelengkapan dan peralatan serta minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit. Import dari ASEAN meningkat 6.6% kepada RM26.94 bilion.
| • | Singapura |
RM18.27 bilion, mengurang 1.2%, tahun ke tahun; |
| • | Thailand |
RM4.89 bilion, ↑3.8%; |
|
• |
Indonesia |
RM4.27 bilion, ↑7.2%; |
|
• |
Viet Nam |
RM3.95 bilion, ↓26%; |
|
• |
Filipina |
RM2.06 bilion, ↓1.7%; |
|
• |
Brunei |
RM212.7 juta, ↓65.9%; |
|
• |
Kemboja |
RM174.3 juta, ↑43.5%; |
|
• |
Myanmar |
RM160.4 juta, ↓40.3%; dan |
|
• |
Lao PDR |
RM7.8 juta, ↓53.4%. |
Eksport ke pasaran utama ASEAN yang merekodkan pertumbuhan adalah Thailand yang meningkat sebanyak RM180.3 juta tahun ke tahun disumbangkan oleh peningkatan eksport petroleum mentah, dan ke Indonesia yang naik sebanyak RM287.3 juta dipacu oleh eksport yang kukuh bagi keluaran petroleum.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport dan import masingmasing menguncup sebanyak 5.3%, 5.6% dan 4.9%.
Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2024, perdagangan dengan ASEAN mengembang 7.4% kepada RM576.24 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport ke rantau ini meningkat 4.9% kepada RM329.99 bilion berikutan kenaikan eksport keluaran petroleum, jentera, kelengkapan dan peralatan serta barangan perkilangan logam. Import dari ASEAN bertambah 11% kepada RM246.25 bilion.
Pada September 2024, perdagangan dengan China yang menyumbang 15.9% kepada jumlah perdagangan Malaysia menurun 2.2% tahun ke tahun kepada RM37.41 bilion. Eksport menguncup 2.9% kepada RM16.13 bilion berikutan pengurangan eksport bijih logam dan serpihan logam, barangan perkilangan logam serta kimia dan bahan kimia. Walau bagaimanapun, penurunan ini telah diimbangi oleh eksport yang kukuh bagi minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, barangan optik dan saintifik serta jentera, kelengkapan dan peralatan di mana secara kolektifnya meningkat sebanyak 37.7%. Import dari China menyusut 1.7% kepada RM21.28 bilion.
Berbanding Ogos 2024, eksport naik sebanyak 4%, manakala perdagangan dan import masing-masing menyusut 10.8% dan 19.5%.
Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2024, perdagangan dengan China meningkat 9% kepada RM355.15 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport jatuh 1.9% kepada RM137.11 bilion disebabkan oleh permintaan yang lemah bagi barangan E&E, bijih logam dan serpihan logam serta kimia dan bahan kimia. Meskipun begitu, peningkatan permintaan telah direkodkan bagi barangan kertas dan palpa serta LNG. Import dari China naik 17.2% kepada RM218.05 bilion.
Pada September 2024, perdagangan dengan AS yang merangkumi 11.5% daripada jumlah perdagangan Malaysia, mengembang 20.6% tahun ke tahun kepada RM27.06 bilion. Eksport merekodkan pertumbuhan yang kesembilan bulan berturut-turut, naik 9.1% kepada RM16.13 bilion, disokong oleh eksport barangan E&E, barangan perkilangan logam dan keluaran getah. Import dari AS melonjak 42.8% kepada RM10.93 bilion.
Berbanding Ogos 2024, perdagangan, eksport dan import masing-masing menurun sebanyak 22.9%, 17.9% dan 29.2%.
Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2024, perdagangan dengan AS meningkat 28.3% kepada RM234.44 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport mengekalkan rekod pertumbuhan dua digit, mengembang 17.6% kepada RM140.48 bilion disokong oleh eksport yang kukuh bagi barangan E&E, jentera, kelengkapan dan peralatan serta barangan optik dan saintifik. Import dari AS bertambah 48.6% kepada RM93.96 bilion.
Pada September 2024 perdagangan dengan EU yang mewakili 7.6% daripada jumlah perdagangan Malaysia meningkat 1.6% tahun ke tahun kepada RM17.88 bilion. Eksport mengembang 2.1% kepada RM9.91 bilion, disumbangkan oleh pertumbuhan eksport barangan perkilangan berasaskan minyak sawit, keluaran petroleum dan keluaran getah. Import dari EU naik 1.1% kepada RM7.97 bilion.
Pecahan eksport ke 10 pasaran utama EU yang mewakili 93% daripada jumlah eksport Malaysia ke rantau ini adalah:
|
• |
Belanda |
RM3.18 bilion, mengurang 2.6%, tahun ke tahun; |
|
• |
Jerman |
RM3.08 bilion, ↑9.8%; |
|
• |
Belgium |
RM667.4 juta, ↓13.3%; |
|
• |
Perancis |
RM578.0 juta, ↑61.0%; |
|
• |
Itali |
RM408.0 juta, ↓28.6%; |
|
• |
Poland |
RM398.5 juta, ↑37.3%; |
|
• |
Sepanyol |
RM350.2 juta, ↑39.9%; |
|
• |
Hungary |
RM250.4 juta, ↑4.9%; |
| • | Republik Czech | RM156.8 juta, ↓21.4%; dan |
| • | Sweden | RM150.3 juta, ↑45.3%. |
Antara pasaran utama EU yang merekodkan pertumbuhan adalah Jerman yang meningkat sebanyak RM275.1 juta berikutan eksport yang kukuh bagi barangan E&E dan Perancis, naik sebanyak RM219.1 juta disokong oleh kenaikan eksport keluaran petroleum.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport dan import masingmasing menguncup sebanyak 7.6%, 4.6% dan 11.1%.
Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2024, perdagangan dengan EU meningkat 6.1% kepada RM163.09 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport bertambah 2.8% kepada RM86.66 bilion disumbangkan oleh eksport yang kukuh bagi minyak sawit dan barangan berasaskan minyak sawit, keluaran getah dan barangan makanan diproses. Import dari EU naik 10% kepada RM76.44 bilion.
Pada September 2024, perdagangan dengan Taiwan yang merangkumi 6.6% daripada jumlah perdagangan Malaysia meningkat 41.3% kepada RM15.46 bilion berbanding September 2023. Eksport melonjak kepada rekod tertinggi baharu, naik 74% kepada RM7.18 bilion. Ini juga merupakan pertumbuhan dua digit yang kesembilan bulan berturut-turut direkodkan, disumbangkan oleh eksport yang kukuh bagi barangan E&E, barangan optik dan saintifik serta jentera, kelengkapan dan peralatan. Import dari Taiwan mengembang sebanyak 21.5% kepada RM8.28 bilion.
Berbanding Ogos 2024, perdagangan dan eksport masing-masing mengembang sebanyak 0.3% dan 34.6%, manakala import menguncup 17.9%.
Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2024, perdagangan dengan Taiwan meningkat 37.5% kepada RM129.13 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport kekal kukuh, melonjak 51.9% kepada RM48.69 bilion berikutan kenaikan eksport barangan E&E, barangan optik dan saintifik serta jentera, kelengkapan dan peralatan. Import dari Taiwan meningkat 30% kepada RM80.44 bilion.
Pada September 2024 perdagangan dengan rakan dagang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang menyerap 64.4% daripada jumlah perdagangan Malaysia mengurang secara marginal sebanyak 0.2% tahun ke tahun kepada RM151.17 bilion. Eksport ke rakan dagang FTA menyusut 4% kepada RM81.67 bilion manakala import naik 4.8% kepada RM69.5 bilion.
Meskipun jumlah eksport ke rakan dagang FTA mengurang, kenaikan eksport telah direkodkan ke Hong Kong SAR yang meningkat sebanyak 3.6% tahun ke tahun kepada RM9.29 bilion berikutan eksport yang kukuh bagi kimia dan bahan kimia, Turkiye, (↑16.8% kepada RM1.41 bilion, barangan besi dan keluli), Australia (↑3.8% kepada RM4.13 bilion, petroleum mentah) dan Kanada (↑3.5% kepada RM407.8 juta, barangan makanan diproses).
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport dan import masingmasing menurun sebanyak 4.1%, 2.2% dan 6.2%.
Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2024, perdagangan dengan rakan dagang FTA meningkat 6.2% kepada RM1.396 trilion, eksport naik 1.8% kepada RM753.81 bilion dan import bertambah 12% kepada RM641.74 bilion, berbanding tempoh yang sama tahun 2023.
Jumlah import pada September 2024 meningkat 10.9% tahun ke tahun kepada RM110.83 bilion. Tiga kategori utama import mengikut penggunaan akhir yang merangkumi 76.2% daripada jumlah keseluruhan import adalah:
Import pada September 2024 mengurang sebanyak 10.3% berbanding Ogos 2024. Import barangan modal naik 13.5% manakala import barangan perantaraan dan penggunaan masing-masing mengurang sebanyak 18.9% dan 14.9%.
Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2024, import meningkat sebanyak 16.1% kepada RM1.204 trilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Import barangan perantaraan mengembang 25.2% kepada RM561.95 bilion, barangan modal (↑39.2% kepada RM123.9 bilion) dan barangan penggunaan (↑15.3% kepada RM87.44 bilion).