The Official Portal Of Malaysia External Trade Development Corporation
SERUNAI COMMERCE SDN BHD
SUITE 7.01, TINGKAT 7, MENARA BINJAI, 2, LRG BINJAI, 50450 KUALA LUMPUR, WILAYAH
PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.
Contact Person: Intan Suriya Binti Ramly (03-21817801 / Intan.suriya@serunai.com)
Website:
Ditubuhkan pada tahun 2009, Serunai Commerce Sdn. Bhd. merupakan rakan strategik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan inovatif bagi meningkatkan keterhubungan serta ketelusan pasaran Halal global.
Pada akhir tahun 2024, Serunai Commerce telah bergabung dengan Zaiyadal Group of Companies, selaras dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap produk Halal di pasaran tempatan dan antarabangsa. Penggabungan ini mengukuhkan komitmen Serunai untuk membangunkan platform digital yang menghubungkan pengeluar, penyedia perkhidmatan dan pengguna Halal di seluruh dunia. Hasrat kami adalah untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat, serta memberikan manfaat berterusan kepada rakan niaga kami.
Setakat ini, Serunai Commerce telah melancarkan Verify HalalTM App dan Certification Bodies Master System (CBMSTM) yang diintegrasikan dengan VH SMARTTM, sebuah sistem digitalisasi komprehensif bagi Sistem Jaminan Halal (HAS). Selain itu, kami turut menubuhkan Serunai Halal Centre of Excellence (CoETM) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, dan berdaftar di bawah Malaysia International Halal Academy (MIHA) serta HRD Corporation.
Berikut merupakan perkhidmatan yang dikomersialkan kepada pengguna dan pemain industri Halal di seluruh dunia:
1. Serunai Halal Centre of Excellence (COE)TM
Serunai Halal CoETM menyediakan latihan profesional, khidmat rundingan Halal, keselamatan makanan dan kualiti (Food Safety & Quality – FSQ), serta membantu penggiat industri memperoleh pensijilan Halal Malaysia dan pengiktirafan antarabangsa oleh JAKIM.
2. Aplikasi Verify HalalTM
Aplikasi Verify HalalTM ialah aplikasi pengesahan Halal yang paling dipercayai di dunia, disahkan serta diintegrasikan dengan pangkalan data rasmi JAKIM bagi Badan Pensijilan Halal Luar Negara (Foreign Halal Certification Bodies – FHCB) yang diiktiraf.
Dengan Kerjasama dan sokongan padu daripada JAKIM, aplikasi ini membolehkan pengguna dan pihak industry menyemak keaslian logo serta pensijilan Halal produk di seluruh dunia dengan cepat, mudah dan diyakini.
3. VH SMARTTM
VH SMARTTM mendigitalisasi keseluruhan proses pensijilan dan pematuhan Halal — bermula daripada permohonan dan audit sehinggalah kepada pemantauan serta pengeluaran sijil. Sistem ini membantu perniagaan dan badan pensijilan Halal memastikan ketelusan, kebolehkesanan, dan kecekapan dalam setiap operasi Halal mereka.
4. Halal Audit Digital Integrated
System (HADIS)
Halal Audit Digital Integrated System (HADIS) ialah sebuah platform mudah alih dan web end- to-end yang direka untuk mendigitalisasi keseluruhan aliran kerja audit Halal, bermula daripada perancangan audit dan pengumpulan data di tapak (site), sehinggalah kepada pelaporan dan penjejakan prestasi. Sistem ini meningkatkan kecekapan, ketelusan, serta ketepatan bagi para juruaudit Halal dan badan pensijilan.
5. Certification Body Master System
(CBMS)
Certification Body Master System (CBMS) ialah platform berasaskan awan (cloud-based platform) yangdibangunkan khusus untuk pihak berkuasa pensijilan Halal bagi mengurus dan mentadbir aktiviti pensijilan mereka dengan selamat. Sistem ini merangkumi pengeluaran sijil berpusat (centralised certificate issuance), pengesahan berasaskan blockchain (blockchain vertification), serta penyelarasan penuh dengan piawaian Halal JAKIM.