Portal Rasmi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
Misi MATRADE untuk mempromosikan eksport Malaysia telah membolehkan banyak syarikat tempatan meneroka sempadan baharu dalam pasaran global.
Menempatkan Malaysia Sebagai Negara Perdagangan Global Yang Kompetitif
Mempromosi Enterpris Malaysia Ke Pasaran Dunia
Untuk mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan penekanan khusus terhadap eksport produk perkilangan dan separa perkilangan dan, secara terpilih, import;
Untuk merangka dan melaksanakan strategi pemasaran eksport nasional untuk menggalakkan eksport produk perkilangan dan separa perkilangan;
Untuk menjalankan risikan komersil dan penyelidikan pasaran dan mewujudkan pangkalan data maklumat yang komprehensif untuk penambahbaikan dan pembangunan perdagangan;
Untuk menganjurkan program latihan untuk meningkatkan kemahiran pemasaran antarabangsa pengeksport Malaysia;
Untuk meningkatkan dan melindungi kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara;
Untuk mewakili Malaysia dalam mana-mana forum antarabangsa berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan perdagangan;
Untuk membangun, mempromosi, memudahkan dan membantu dalam bidang perkhidmatan yang berkaitan dengan perdagangan; dan
Untuk menasihati Kerajaan mengenai perkara yang melibatkan atau dalam apa-apa cara berkaitan dengan perdagangan dan untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan atau bagi mana-mana orang, badan atau organisasi mengenai perkara tersebut.
MATRADE menghubungkan pengeksport Malaysia dengan peluang dan perkongsian di seluruh pasaran antarabangsa.

To raise the profile of Malaysian exporters in foreign markets;

To disseminate timely and relevant information and market intelligence to help Malaysian companies gain a competitive edge in foreign markets;

To introduce Malaysian companies to foreign importers seeking Malaysian suppliers; and

To undertake activities to promote the export of Malaysian goods and services in overseas markets.