KENYATAAN MEDIA
PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA
Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar akibat pandemik COVID-19 yang telah memberi kesan kepada perdagangan global akibat daripada langkah kawalan pergerakan yang dilaksanakan oleh banyak negara dalam usaha memerangi wabak ini. Akibatnya ia telah menyebabkan kerencatan terhadap rantaian bekalan global dari segi mobiliti barangan dan perkhidmatan serta memberi dampak buruk kepada aktiviti pembuatan.
Walaupun berdepan situasi luar jangkaan ini, prestasi perdagangan luar Malaysia masih memberangsangkan apabila catatan eksport negara kembali pulih pada separuh tahun kedua 2020 berbanding pertumbuhan negatif yang dicatatkan pada separuh tahun pertama. Ini berlaku kerana langkah membuka semula ekonomi yang dilaksanakan secara berperingkat dan jumlah permintaan luar yang kembali meningkat. Eksport pada bulan Disember mencatatkan nilai bulanan tertinggi yang direkodkan pada tahun 2020.
Eksport ke China pada tahun 2020 juga telah merekodkan nilai eksport yang tertinggi setakat ini manakala eksport ke Amerika Syarikat (AS) mencatatkan jumlah eksport terbesar sejak sedekad yang lalu. Kita juga menyaksikan pertumbuhan eksport yang signifikan ke beberapa pasaran baharu seperti Costa Rica, Kazakhstan, Kenya, Nigeria, Ghana dan Cote d'Ivoire. Keluaran getah, barangan elektrik dan elektronik (E&E) serta minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit juga mencatatkan peningkatan eksport yang memberangsangkan.
Muat turun PDF:
Prestasi Perdagangan : Disember 2020 dan Januari - Disember 2020