Perdagangan, Eksport, Import dan Lebihan Dagangan Ulangi Rekod Nilai Tertinggi
Perdagangan Malaysia terus merekodkan prestasi yang memberangsangkan pada Oktober 2021 apabila sekali lagi mencatatkan rekod nilai bulanan tertinggi bagi perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan. Perdagangan berkembang 26.5% kepada RM202.61 bilion berbanding Oktober 2020, melepasi aras RM200 bilion buat pertama kali dan merupakan pertumbuhan dua digit yang kesembilan bulan berturut-turut sejak Februari 2021. Eksport naik 25.5% kepada RM114.43 bilion, pertumbuhan tahun ke tahun yang ke-14 bulan berturut-turut sejak September 2020. Import meningkat 27.9% kepada RM88.18 bilion dan lebihan dagangan berkembang 17.9% kepada RM26.25 bilion.
Pertumbuhan eksport telah disumbangkan terutamanya oleh kenaikan eksport keluaran petroleum, barangan perkilangan logam, barangan elektrik dan elektronik (E&E), kimia dan bahan kimia serta minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit. Eksport barangan perkilangan logam dan barangan E&E mencatatkan nilai bulanan tertinggi setakat ini. Sementara itu, eksport ke pasaran utama khasnya ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun merekodkan pertumbuhan dua digit. Eksport ke ASEAN mencatatkan nilai bulanan tertinggi.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan masing-masing berkembang sebanyak 3.6%, 3.2%, 4.1% dan 0.5%.
Muat turun PDF:
Prestasi Perdagangan : Oktober 2021 dan Januari - Oktober 2021
Prestasi Perdagangan : Oktober 2021 dan Januari - Oktober 2021 (Infografik)