Prestasi Perdagangan Luar Bagi Bulan Mac 2025
EKSPORT MALAYSIA PADA MAC 2025 CATAT NILAI TERTINGGI BAGI BULAN MAC#
Lebihan Dagangan pada Mac 2025 Hampir Dua Kali Ganda Berbanding Tahun Lalu, Catat Nilai Tertinggi dalam Tempoh 21 Bulan
Perdagangan Malaysia meneruskan momentum positif pada Mac 2025, mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun yang ke-15 bulan berturut-turut sejak Januari 2024. Jumlah perdagangan meningkat 2.2% kepada RM249.89 bilion, iaitu nilai tertinggi yang pernah dicatatkan bagi bulan Mac. Prestasi ini didorong oleh kenaikan eksport sebanyak 6.8% kepada RM137.31 bilion, yang juga merupakan rekod tertinggi bagi bulan Mac, manakala import menyusut 2.8% kepada RM112.59 bilion. Lebihan dagangan mengembang sebanyak 94.4% berbanding Mac tahun lalu kepada RM24.72 bilion, merupakan nilai tertinggi sejak Jun 2023. Ini merupakan lebihan dagangan yang ke-59 bulan berturut-turut direkodkan sejak Mei 2020.
Peningkatan eksport telah disokong terutamanya oleh kenaikan permintaan bagi barangan perkilangan, khasnya barangan elektrik dan elektronik (E&E) yang mencatatkan nilai bulanan tertinggi setakat ini, dengan jumlah peningkatan melebihi RM12 bilion tahun ke tahun. Keluaran pertanian, terutamanya minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, turut menyumbang kepada peningkatan eksport.
Dari segi pasaran, eksport ke rakan dagang utama seperti ASEAN, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Taiwan merekodkan pertumbuhan, dengan eksport ke AS melonjak kepada nilai tertinggi yang baharu. Eksport yang lebih tinggi turut dicatatkan ke negara rakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) seperti Hong Kong SAR, Turkiye, Kanada dan Chile.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan dan eksport pada Mac 2025 mencatatkan pertumbuhan dua digit, dengan perdagangan meningkat sebanyak 11.6% manakala eksport mengembang 16.1%. Walau bagaimanapun, import mencatatkan peningkatan sebanyak 6.6%.
Bagi tempoh Januari hingga Mac 2025, Malaysia mencatat nilai tertinggi bagi suku tahun pertama (S1) perdagangan, eksport dan import. Perdagangan pada S1 2025 meningkat 3.6% kepada RM715.73 bilion berbanding S1 2024. Eksport mengembang 4.4% kepada RM378.36 bilion, manakala import bertambah 2.8% kepada RM337.37 bilion. Sementara itu, lebihan dagangan mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 20.1% kepada RM41 bilion.
Walaupun wujud ketidaktentuan dalam persekitaran perdagangan global akibat tarif yang dikenakan oleh AS, Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada kadar 4.5% hingga 5.5% bagi tahun 2025 (2024: 5.1%). Buat masa ini, eksport tahun 2025 dijangka berkembang sebanyak 5.2% (2024: ↑5.7%). Namun begitu, langkah berhati-hati perlu diambil memandangkan ketidaktentuan permintaan global yang boleh menjejaskan pertumbuhan pelaburan dan permintaan domestik.
Sebagai sebuah negara kecil yang mengamalkan perdagangan terbuka, Malaysia sememangnya terdedah kepada ketidaktentuan luaran yang semakin meningkat dalam landskap perdagangan global. Sehubungan itu, MITI bersama agensinya yang memfokuskan kepada eksport, MATRADE, akan terus memantau perkembangan global dengan lebih dekat bagi melindungi kepentingan ekonomi negara serta memastikan pertumbuhan perdagangan yang berterusan.
Prestasi Eksport Sektor Utama
Permintaan Kukuh Memacu Eksport E&E Catat Nilai Tertinggi Setakat ini
Pada Mac 2025, eksport barangan perkilangan yang merangkumi 86.9% daripada jumlah eksport negara meningkat bagi enam bulan berturut-turut, meningkat 8.9% tahun ke tahun kepada RM119.3 bilion. Pertumbuhan ini dipacu oleh permintaan yang kukuh bagi barangan E&E, jentera, kelengkapan dan peralatan serta barangan makanan diproses. Eksport bagi kesemua barangan ini mencatatkan nilai tertinggi setakat ini.
Eksport hasil galian (syer 6.4%) pada Mac 2025 mencatatkan penurunan 16.6% tahun ke tahun kepada RM8.72 bilion, disebabkan oleh eksport yang lebih rendah bagi petroleum mentah dan gas asli cecair (LNG), berikutan pengurangan kuantiti dan harga eksport.
Eksport keluaran pertanian (syer 6%) pada Mac 2025 meningkat 5.4% tahun ke tahun kepada RM8.2 bilion, merupakan pertumbuhan yang ke-12 bulan berturut-turut. Kenaikan ini telah disokong oleh harga eksport yang lebih tinggi bagi minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.
Barangan eksport utama pada Mac 2025:
- Barangan E&E, bernilai RM62.18 bilion dan merangkumi 45.3% daripada jumlah eksport, meningkat sebanyak 25.1% berbanding Mac 2024;
- Keluaran petroleum, RM7.5 bilion, 5.5% daripada jumlah eksport, ↓32.5%;
- Jentera, kelengkapan dan peralatan, RM7.17 bilion, 5.2% daripada jumlah eksport, ↑12.3%;
- Kimia dan bahan kimia, RM5.99 bilion, 4.4% daripada jumlah eksport, ↓4.9%; dan
- Minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, RM5.8 bilion, 4.2% daripada jumlah eksport, ↑3.3%.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, eksport barangan perkilangan dan hasil galian masing-masing mencatatkan peningkatan dua digit sebanyak 17.8% dan 20.6%, manakala eksport keluaran pertanian menurun sebanyak 5.2%.
Bagi S1 2025, eksport barangan perkilangan meningkat 6% kepada RM324.73 bilion berbanding S1 2024, disokong oleh kenaikan eksport barangan E&E, jentera, kelengkapan dan peralatan serta barangan perkilangan berasaskan minyak sawit. Eksport keluaran pertanian mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 13.9% kepada RM25.97 bilion, disumbangkan oleh kenaikan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit. Namun begitu, eksport hasil galian menyusut 20.9% kepada RM24.48 bilion, disebabkan oleh pengurangan eksport petroleum mentah dan LNG.
Prestasi Perdagangan dengan Pasaran Utama
Pada Mac 2025, perdagangan Malaysia dengan rakan dagang utama iaitu ASEAN, China, AS, EU dan Taiwan merangkumi 69.4% syer daripada jumlah perdagangan Malaysia.
ASEAN – Barangan E&E Pacu Petumbuhan Eksport
Pada Mac 2025, perdagangan dengan ASEAN yang merangkumi 25.7% daripada jumlah perdagangan Malaysia menurun sebanyak 1.5% tahun ke tahun kepada RM64.22 bilion. Eksport meningkat bagi dua bulan berturut-turut, naik sebanyak 0.7% kepada RM37.87 bilion, didorong oleh eksport yang kukuh bagi barangan E&E. Import dari ASEAN menurun 4.4% kepada RM26.35 bilion.
Pecahan eksport ke negara ASEAN:
• |
Singapura |
RM21.16 bilion, meningkat 9.7%, tahun ke tahun; |
• |
Thailand |
RM5.64 bilion, ↑5.0%; |
• |
Viet Nam |
RM4.23 bilion, ↓20.1%; |
• |
Indonesia |
RM3.69 bilion, ↓21.7%; |
• |
Filipina |
RM2.40 bilion, ↑26.2%; |
• |
Myanmar |
RM295.3 juta, ↑16.5%; |
• |
Kemboja |
RM250.3 juta, ↑27.9%; |
• | Brunei | RM202.8 juta, ↓66.0%; |
• | Lao PDR | RM2.9 juta, ↓51.2%. |
Eksport ke pasaran utama ASEAN yang mencatat peningkatan termasuklah ke , yang meningkat sebanyak RM1.87 bilion tahun ke tahun dan yang bertambah sebanyak RM266.3 juta, didorong oleh peningkatan eksport barangan E&E. Sementara itu, eksport ke naik sebanyak RM498.7 juta, hasil kenaikan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.
Berbanding bulan Februari 2025, perdagangan, eksport dan import masing-masing mencatatkan pertumbuhan sebanyak 7.6%, 9.5% dan 5%.
Bagi tempoh Januari hingga Mac 2025, perdagangan dengan ASEAN meningkat secara marginal sebanyak 0.2% kepada RM186.06 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2024. Eksport bertambah 2.2% kepada RM109.24 bilion, didorong oleh eksport yang kukuh bagi barangan E&E. Import dari ASEAN mengurang 2.5% kepada RM76.81 bilion.
China – Perdagangan Rekod Peningkatan
Pada Mac 2025, perdagangan dengan China yang merangkumi 16.4% daripada jumlah perdagangan Malaysia meningkat 5.3% tahun ke tahun kepada RM41.01 bilion. Eksport ke China menurun 1.3% kepada RM16.12 bilion, disebabkan oleh pengurangan eksport barangan perkilangan logam, LNG serta barangan kertas dan pulpa. Namun begitu, penyusutan ini telah diimbangi oleh kenaikan eksport barangan E&E, keluaran petroleum serta petroleum kondensat dan minyak petroleum lain. Import dari China menokok 10.1% kepada RM24.89 bilion.
Berbanding bulan Februari 2025, perdagangan, eksport dan import masing-masing mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 15.9%, 22.7% dan 11.9%.
Bagi S1 2025, perdagangan dengan China meningkat 4.9% kepada RM117.82 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2024. Eksport menurun 4.3% kepada RM42.58 bilion berikutan pengurangan eksport LNG. Walau bagaimanapun, kenaikan eksport dicatatkan bagi barangan E&E, barangan perkilangan berasaskan minyak sawit serta jentera, kelengkapan dan peralatan. Import dari China bertambah 11% kepada RM75.24 bilion.
AS – Nilai Eksport Tertinggi Setakat Ini
Perdagangan dengan AS merangkumi 12.4% daripada jumlah perdagangan Malaysia pada Mac 2025 dan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 31.8% tahun ke tahun kepada RM31.07 bilion. Eksport melonjak ke paras tertinggi baharu, meningkat 50.8% kepada RM22.66 bilion, disumbangkan oleh permintaan yang kukuh bagi barangan E&E. Import dari AS mengurang 1.6% kepada RM8.41 bilion.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan dan eksport masing-masing mencatat pertumbuhan dua digit sebanyak 13.5% dan 29.5%, manakala import mengurang 14.8%.
Bagi tempoh Januari hingga Mac 2025, perdagangan dengan AS naik 29.9% kepada RM86.92 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2024. Selain permintaan kukuh terhadap barangan E&E menyumbang kepada pertumbuhan eksport ke AS sebanyak 36.5% kepada RM57.42 bilion, peningkatan turut dicatatkan bagi eksport jentera, kelengkapan dan peralatan serta barangan getah. Import dari AS meningkat 18.8% kepada RM29.51 bilion.
EU – Perdagangan dan Eksport Berkembang
Pada Mac 2025, perdagangan dengan EU yang merangkumi 7.6% daripada jumlah perdagangan Malaysia naik 5.1% tahun ke tahun kepada RM19.11 bilion. Peningkatan eksport yang kedua bulan berturut-turut telah direkodkan, mencatatkan pertumbuhan dua digit 10.6% kepada RM10.89 bilion, disokong oleh pertambahan permintaan bagi barangan E&E, barangan perkilangan logam serta barangan perkilangan berasaskan minyak sawit. Import dari EU menyusut 1.3% kepada RM8.23 bilion.
Pecahan eksport ke 10 pasaran utama EU yang mewakili 91.6% daripada jumlah eksport Malaysia ke rantau ini adalah:
• |
Belanda |
RM3.46 bilion, meningkat 16.7%, tahun ke tahun; |
• |
Jerman |
RM2.85 bilion, ↑2.1%; |
• |
Belgium |
RM671.8 juta, ↓2.9%; |
• |
Itali |
RM623.4 juta, ↑34.0%; |
• |
Perancis |
RM609.5 juta, ↑14.1%; |
• |
Sepanyol |
RM430.2 juta, ↓8.0%; |
• | Republik Czech | RM423.1 juta, ↑56.7%; |
• | Poland | RM327.8 juta, ↓11.9%; |
• | Ireland | RM306.2 juta, ↑130.4%; dan |
• | Austria | RM266.9 juta, ↑250.4%. |
Eksport ke meningkat sebanyak RM495.2 juta, disokong oleh eksport yang kukuh bagi barangan E&E dan eksport ke berkembang sebanyak RM59.6 juta, disumbangkan oleh kenaikan eksport barangan optik dan saintifik. Selain itu, eksport ke bertambah sebanyak RM158.1 juta, dipacu oleh eksport barangan besi dan keluli yang lebih tinggi.
Berbanding bulan Februari 2025, perdagangan, eksport dan import masing-masing mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 14.4%, 15.1% dan 13.4%.
Bagi suku tahun pertama 2025, perdagangan dengan EU meningkat 1.2% kepada RM52.96 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2024. Eksport naik 5.1% kepada RM30.04 bilion, didorong oleh eksport yang kukuh bagi barangan E&E dan barangan perkilangan berasaskan minyak sawit. Import dari EU menurun 3.5% kepada RM22.92 bilion.
Taiwan – Eksport Rekod Pertumbuhan Dua-digit
Pada Mac 2025, perdagangan dengan Taiwan yang merangkumi 7.2% daripada jumlah perdagangan Malaysia mengurang secara marginal sebanyak 0.2% tahun ke tahun kepada RM18.04 bilion. Eksport melonjak 31% kepada RM6.94 bilion, disumbangkan oleh permintaan yang lebih tinggi bagi barangan E&E, barangan optik dan saintifik serta LNG. Import dari Taiwan merosot 13.1% kepada RM11.1 bilion.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport dan import masingmasing mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 26.7%, 37.5% dan 20.7%.
Bagi tempoh Januari hingga Mac 2025, perdagangan dengan Taiwan bertambah 24.7% kepada RM52.73 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2024. Eksport menokok 21.6% kepada RM17.52 bilion, disokong oleh eksport yang kukuh bagi barangan E&E, barangan optik dan saintifik serta jentera, kelengkapan dan peralatan. Import dari Taiwan naik 26.3% kepada RM35.21 bilion.
Perdagangan dengan Rakan Dagang FTA
Pada Mac 2025, perdagangan dengan rakan dagang FTA yang merangkumi 63.4% daripada jumlah perdagangan Malaysia mencatatkan penurunan marginal sebanyak 0.7% tahun ke tahun kepada RM158.47 bilion. Eksport ke rakan dagang FTA menyusut 1.1% kepada RM87.35 bilion, manakala import mengurang 0.3% kepada RM71.12 bilion.
Meskipun jumlah eksport ke rakan dagang FTA mengurang, peningkatan eksport telah dicatatkan ke Hong Kong SAR, yang naik sebanyak 25.9% kepada RM9.3 bilion, disumbangkan oleh eksport barangan E&E yang lebih tinggi. Begitu juga dengan Kanada, yang meningkat sebanyak 30.3% kepada RM604.3 juta, disebabkan oleh eksport barangan besi dan keluli yang kukuh.
Sementara itu, eksport ke Turkiye meningkat 17.5% kepada RM1.77 bilion, dipacu oleh eksport yang kukuh bagi minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit dan eksport ke Chile menokok 8.6% kepada RM52.1 juta, berikutan permintaan yang lebih tinggi bagi barangan perkilangan berasaskan minyak sawit.
Berbanding bulan Februari 2025, perdagangan, eksport dan import masing-masing berkembang sebanyak 11.1%, 13% dan 8.9%.
Perdagangan dengan rakan dagang FTA pada tempoh tiga bulan pertama 2025 mengurang secara marginal sebanyak 0.4% kepada RM454.02 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2024. Eksport menyusut 0.9% kepada RM246.03 bilion manakala import mengembang 0.1% kepada RM208 bilion.
Prestasi Import
Jumlah import pada Mac 2025 menyusut 2.8% tahun ke tahun kepada RM112.59 bilion. Tiga kategori utama import mengikut penggunaan akhir yang merangkumi 72.6% daripada jumlah keseluruhan import adalah:
- Barangan perantaraan, bernilai RM58.96 bilion atau 52.4% daripada jumlah import, mengurang 0.6%, berikutan pengurangan import bahan api dan pelincir utama;
- Barangan modal, bernilai RM13.07 bilion atau 11.6% daripada jumlah import, menurun 19.2%, hasil pengurangan import barangan modal bukan kelengkapan pengangkutan; dan
- Barangan penggunaan, bernilai RM9.73 bilion atau 8.6% daripada jumlah import, meningkat 3.6%, disumbangkan oleh peningkatan import barangan tahan lama.
Berbanding bulan Februari 2025, import mengembang 6.6%. Import bagi barangan perantaraan dan barangan penggunaan masing-masing meningkat sebanyak 0.5% dan 7.4% manakala import barangan modal mengurang 5.4%.
Bagi tempoh Januari hingga Mac 2025, import meningkat 2.8% kepada RM337.37 bilion berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Import barangan perantaraan menokok 2.8% kepada RM178.38 bilion, manakala barangan modal naik 16.8% kepada RM46.82 bilion dan barangan penggunaan meningkat 2.5% kepada RM28.84 bilion.