Portal Rasmi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
Prestasi Kukuh Pacu Pertumbuhan Perdagangan Terpantas dalam Tempoh 44 Bulan, Eksport dan Lebihan Dagangan Catat Nilai Bulanan Tertinggi BaharuÂ
Momentum eksport Malaysia terus mengukuh pada Mei 2026, disokong oleh pertumbuhan berterusan barangan dan pasaran utama, memacu eksport mencapai nilai bulanan tertinggi baharu. Perdagangan berkembang 29.8% tahun ke tahun  kepada RM327.63 bilion dan merupakan kadar pertumbuhan terpantas dalam tempoh 44 bulan. Eksport mengekalkan trajektori peningkatan bagi 11 bulan berturut-turut, melonjak 45.3% kepada RM184.00 bilion, rekod tertinggi setakat ini mengatasi nilai yang dicatatkan pada April 2026. Ini juga merupakan pertumbuhan eksport terpantas sejak Ogos 2022. Sementara itu, import meningkat pada kadar yang lebih sederhana sebanyak 14.1% kepada RM143.62 bilion. Lebihan dagangan dicatatkan bagi bulan  ke-73 berturut-turut sejak Mei 2020, mengembang kepada RM40.38 bilion, hasil pertumbuhan pantas eksport mengatasi import dan merupakan rekod bulanan tertinggi setakat ini.Â
Pertumbuhan eksport disokong terutamanya oleh barangan perkilangan dan hasil galian yang masing-masing mencatatkan pertumbuhan dua digit. Barangan elektrik dan elektronik (E&E) kekal sebagai penyumbang utama, meningkat sebanyak RM38 bilion kepada nilai tertinggi baharu, disokong oleh permintaan kukuh terhadap teknologi berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan automotif. Prestasi ini diperkukuhkan lagi oleh peningkatan eksport keluaran petroleum, gas asli cecair (LNG) serta barangan optik dan saintifik.Â
Prestasi eksport Malaysia dilihat menyeluruh dengan semua rakan dagang utama, iaitu ASEAN, Republik Rakyat China (China), Amerika Syarikat (AS), Taiwan dan Kesatuan Eropah (EU) merekodkan pertumbuhan kukuh dua digit. Eksport ke Taiwan dan EU mencatat nilai tertinggi baharu, mencerminkan permintaan luar yang kekal kukuh. Pada masa yang sama, rangkaian Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia terus memperluas akses pasaran, menyumbang kepada kenaikan eksport khasnya ke Mexico, United Kingdom (UK), Kanada dan Pakistan yang meliputi pelbagai kategori barangan.Â
Bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, prestasi perdagangan terus merekodkan trajektori peningkatan. Perdagangan naik 18.3% kepada RM1.455 trilion berbanding tempoh yang sama tahun 2025, didorong oleh eksport yang berkembang 24.3% kepada RM793.84 bilion, manakala import menokok 11.8% kepada RM661.07 bilion. Perkembangan ini menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM132.77 bilion. Perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan masing-masing mencatatkan nilai tertinggi dalam sejarah bagi tempoh Januari hingga Mei.Â
Di sebalik ketidaktentuan dalam landskap perdagangan antarabangsa, prestasi perdagangan Malaysia kekal berdaya tahan dengan barangan E&E terus menjadi pemacu utama pertumbuhan. MITI bersama MATRADE akan terus memantau perkembangan perdagangan global serta memperkukuh langkah-langkah proaktif bagi mengekalkan daya tahan perdagangan negara dan menyokong momentum pertumbuhan yang mampan.Â
Prestasi Eksport Sektor UtamaÂ
Eksport Barangan Perkilangan Rekod Nilai Tertinggi Setakat IniÂ
Pada Mei 2026, eksport barangan perkilangan yang merangkumi 90.7% daripada jumlah eksport melonjak 51.7% kepada RM166.87 bilion, nilai bulanan tertinggi pernah direkodkan. Pertumbuhan ini didorong oleh peningkatan kukuh eksport barangan E&E, keluaran petroleum serta barangan optik dan saintifik. Eksport barangan E&E mencapai nilai bulanan tertinggi yang baharu.Â
Eksport hasil galian (4.4% syer) mencatat pertumbuhan dua digit 36.5% tahun ke tahun kepada RM8.02 bilion, didorong oleh kenaikan ketara eksport LNG berikutan kuantiti dan harga eksport yang lebih tinggi.Â
Sementara itu, eksport keluaran pertanian (4.1% syer) menyusut 22.9% kepada RM7.56 bilion, disebabkan oleh penurunan nilai eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit berikutan kuantiti eksport yang lebih rendah.Â
Barangan eksport utama pada Mei 2026:Â
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, eksport barangan perkilangan meningkat 2.6%, manakala eksport hasil galian dan keluaran pertanian masing-masing menyusut 21.0% dan 14.8%.Â
Bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, eksport barangan perkilangan meningkat 27.5% kepada RM701.87 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2025, disokong oleh pertumbuhan kukuh eksport barangan E&E, keluaran petroleum serta barangan optik dan saintifik. Eksport hasil galian naik 13.9% kepada RM43.82 bilion, didorong oleh pertumbuhan eksport bijih logam dan serpihan logam. Sebaliknya, eksport keluaran pertanian mengurang 9.2% kepada RM40.14 bilion berikutan penurunan nilai eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit serta getah asli.Â
Prestasi Perdagangan dengan Pasaran Utama  Â
Pada Mei 2026, perdagangan Malaysia dengan rakan dagang utama iaitu ASEAN, China, AS, Taiwan dan EU merangkumi 74.2% syer daripada jumlah perdagangan.Â
ASEAN – Perdagangan, Eksport dan Import KukuhÂ
Pada Mei 2026, perdagangan dengan ASEAN yang menyumbang 25.0% kepada jumlah perdagangan Malaysia meningkat 32.4% tahun ke tahun kepada RM81.92 bilion. Eksport mencatat pertumbuhan dua digit bagi dua bulan berturut-turut dengan peningkatan sebanyak 35.3% kepada RM48.34 bilion, didorong oleh prestasi kukuh eksport barangan E&E serta keluaran petroleum. Import dari ASEAN meningkat 28.5% kepada RM33.57 bilion.Â
Pecahan eksport ke negara ASEAN: Â
Eksport ke semua pasaran ASEAN mencatat pertumbuhan kecuali Brunei. Eksport ke Singapura meningkat sebanyak RM7.37 bilion tahun ke tahun, manakala eksport ke Thailand dan Viet Nam masing-masing bertambah sebanyak RM1.52 bilion dan RM1.32 bilion, disokong terutamanya oleh kenaikan eksport barangan E&E.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport dan import masingmasing menurun 9.8%, 9.5% dan 10.3%.Â
Bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, perdagangan dengan ASEAN bertambah 16.0% kepada RM365.81 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2025. Eksport ke rantau ini berkembang 13.7% kepada RM211.03 bilion, didorong oleh peningkatan eksport barangan E&E, keluaran petroleum serta barangan optik dan saintifik. Import dari ASEAN Â naik 19.2% kepada RM154.78 bilion.Â
China – Pertumbuhan Dua Digit Perdagangan bagi Sembilan Bulan Berturut-turutÂ
Pada Mei 2026, perdagangan dengan China yang menyumbang 18.2% kepada jumlah perdagangan Malaysia, meningkat 35.0% tahun ke tahun kepada RM59.70 bilion,  mencatat pertumbuhan dua digit bagi bulan kesembilan berturut-turut. Eksport naik 27.8% kepada RM19.24 bilion, didorong oleh peningkatan kukuh eksport barangan E&E serta LNG. Import dari China  bertambah 38.7% kepada RM40.46 bilion.Â
Berbanding April 2026, perdagangan, eksport dan import masing-masing menurun sebanyak 1.9%, 4.5% dan 0.6%.Â
Bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, perdagangan dengan China berkembang 26.8% kepada RM261.32 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2025. Eksport meningkat 20.9% kepada RM86.99 bilion berikutan kenaikan eksport barangan E&E, bijih logam dan serpihan logam serta barangan perkilangan berasaskan minyak sawit. Import dari China  meningkat 29.9% kepada RM174.33 bilion.Â
AS – Perdagangan Kembali MeningkatÂ
Pada Mei 2026, perdagangan dengan AS yang merangkumi 14.6% daripada jumlah perdagangan Malaysia kembali meningkat, sebanyak 37.8% tahun ke tahun kepada RM47.84 bilion. Eksport terus merekodkan pertumbuhan dua digit bagi enam bulan berturut-turut, melonjak 97.7% kepada RM36.93 bilion disokong oleh kenaikan eksport barangan E&E. Import dari AS menyusut 32.0% kepada RM10.91 bilion.Â
Berbanding April 2026, perdagangan, eksport dan import masing-masing meningkat 31.1%, 37.3% dan 13.8%.Â
Bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, perdagangan dengan AS naik 16.3% kepada RM185.19 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2025. Eksport terus berkembang pada kadar dua digit sebanyak 45.5% kepada RM138.65 bilion, disumbangkan oleh permintaan kukuh terhadap barangan E&E, barangan optik dan saintifik serta barangan perkilangan logam. Import dari AS menurun 27.3% kepada RM46.53 bilion.Â
Taiwan – Rekod Tertinggi Baharu bagi EksportÂ
Pada Mei 2026, perdagangan dengan Taiwan yang menyumbang 8.9% kepada jumlah perdagangan Malaysia melonjak 51.2% tahun ke tahun kepada RM29.13 bilion. Eksport meningkat 81.8% kepada nilai bulanan tertinggi baharu sebanyak RM13.75 bilion, didorong oleh peningkatan kukuh eksport barangan E&E, barangan optik dan saintifik serta LNG. Import dari Taiwan naik 31.4% kepada RM15.38 bilion.Â
Berbanding April 2026, perdagangan dan eksport masing-masing bertambah 0.1% dan 1.9%, manakala import menurun 1.4%.Â
Bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, perdagangan dengan Taiwan meningkat 34.2% kepada RM124.48 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2025. Eksport melonjak 72.2% kepada RM55.61 bilion, didorong oleh kenaikan eksport barangan E&E, barangan optik dan saintifik serta jentera, kelengkapan dan peralatan. Import dari Taiwan naik 13.9% kepada RM68.87 bilion.Â
EU – Eksport Cecah Nilai Tertinggi Setakat Ini Â
Pada Mei 2026, perdagangan dengan EU yang merangkumi 7.5% daripada jumlah perdagangan Malaysia meningkat 32.5% tahun ke tahun kepada RM24.67 bilion. Eksport melonjak 45.0% kepada nilai bulanan tertinggi baharu sebanyak RM15.04 bilion, didorong oleh permintaan yang lebih tinggi terhadap barangan E&E. Import dari EU Â meningkat 16.8% kepada RM9.63 bilion.Â
Pecahan eksport ke 10 pasaran utama EU yang mewakili 94.8% daripada jumlah eksport Malaysia ke rantau ini adalah:Â
Antara pasaran eksport utama yang mencatat pertumbuhan ialah Belanda yang melonjak sebanyak RM3.65 bilion, Perancis sebanyak RM631.6 juta dan Ireland sebanyak RM817.5 juta, masing-masing disokong oleh kenaikan eksport barangan E&E. Eksport ke Belanda turut mencatat nilai bulanan tertinggi yang baharu.Â
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport dan import masingmasing meningkat 10.2%.Â
Bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, perdagangan dengan EU meningkat 19.6% kepada RM106.63 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2025. Eksport melonjak 28.3% kepada RM63.92 bilion, didorong oleh permintaan yang lebih tinggi terhadap barangan E&E, keluaran petroleum serta bijih logam dan serpihan logam. Import dari EU meningkat 8.6% kepada RM42.71 bilion.Â
Perdagangan dengan Rakan Dagang FTA Â Â
Pada Mei 2026, perdagangan dengan rakan dagang FTA yang menyumbang 64.1% kepada perdagangan Malaysia, melonjak 30.3% tahun ke tahun kepada RM209.91 bilion. Eksport ke rakan dagang FTA meningkat 35.1% kepada RM112.03 bilion, manakala import naik 25.3% kepada RM97.88 bilion.Â
Antara pasaran yang mencatat pertumbuhan eksport ialah Hong Kong SAR yang melonjak 100.2% tahun ke tahun  kepada RM13.59 bilion, Jepun yang meningkat 34.6% kepada RM7.20 bilion, India yang naik 11.3% kepada RM5.03 bilion serta Mexico yang berkembang 123.0% kepada RM3.44 bilion, disokong oleh peningkatan eksport barangan E&E.Â
Eksport ke Australia meningkat 21.1% kepada RM5.11 bilion, manakala eksport ke New Zealand melonjak 101.8% kepada RM678.9 juta, didorong oleh peningkatan eksport keluaran petroleum.Â
Sementara itu, eksport ke Republik Korea (ROK) berkembang 9.5% kepada RM4.64 bilion, manakala eksport ke Pakistan melonjak 44.3% kepada RM734.8 juta, disokong oleh kenaikan kukuh eksport barangan perkilangan logam.Â
Selain itu, eksport ke UK naik 13.8% kepada RM893.2 juta berikutan permintaan yang lebih tinggi terhadap kelengkapan pengangkutan, manakala eksport ke Kanada berkembang 9.5% kepada RM601.0 juta, didorong oleh pertambahan eksport barang kemas.Â
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport dan import masingmasing menurun 8.9%, 7.6% dan 10.2%.Â
Bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, perdagangan dengan rakan dagang FTA meningkat 20.2% kepada RM955.74 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2025. Eksport naik 18.4% kepada RM502.37 bilion, manakala import bertambah 22.3% kepada RM453.37 bilion.Â
Prestasi ImportÂ
Jumlah import pada Mei 2026 meningkat 14.1% tahun ke tahun kepada RM143.62 bilion. Tiga kategori utama import mengikut penggunaan akhir yang merangkumi 71.6% daripada jumlah import adalah seperti berikut:Â
Berbanding April 2026, import menyusut 6.8%. Import barangan perantaraan meningkat 57.8%, manakala import barangan modal dan barangan penggunaan masing-masing menurun 0.7% dan 4.2%.Â
Bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, import berkembang 11.8% kepada RM661.07 bilion berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Import barangan penggunaan meningkat 1.8% kepada RM49.51 bilion, manakala import barangan perantaraan susut 1.5% kepada RM297.19 bilion dan import barangan modal menurun 8.6% kepada RM84.95 bilion.Â
Â