Trade Performance 2018

Lebihan Dagangan RM9.02 bilion pada Februari 2018

Malaysia mencatatkan lebihan dagangan sebanyak RM9.02 bilion pada Februari 2018, merupakan yang ke-244 bulan berturut-turut sejak November 1997. Eksport bernilai RM70.34 bilion, mengurang 2% berbanding RM71.79 bilion yang direkodkan pada Februari 2017. Import menguncup 2.8% kepada RM61.32 bilion. Penurunan eksport dan import pada bulan ini disebabkan terutamanya oleh bilangan hari bekerja yang kurang berikutan sambutan Tahun Baru Cina.

Jumlah perdagangan pada Februari 2018 bernilai RM131.67 bilion, menurun 2.4% berbanding Februari 2017. Pengurangan perdagangan dicatatkan dengan ASEAN, Jepun, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Australia. Namun begitu, peningkatan perdagangan telah direkodkan dengan rakan dagang utama seperti Hong Kong SAR, Kesatuan Eropah (EU), China, Republik Korea (ROK) dan Taiwan.

Perbandingan bulan ke bulan, eksport, import dan jumlah perdagangan masing-masing mengurang 15.1%, 16.2% dan 15.6%.

 

Muat turun:

Prestasi Perdagangan : Februari 2018 dan Januari - Februari 2018

 

2018 Bermula dengan Nilai Eksport Tertinggi bagi Bulan Januari, RM82.86 bilion

Jumlah perdagangan Malaysia pada Januari 2018 melonjak 14.9% kepada RM156.01 bilion berbanding Januari 2017. Pertumbuhan perdagangan telah direkodkan dengan ASEAN, Hong Kong SAR, Kesatuan Eropah (EU), China, India, Taiwan dan Republik Korea (ROK).

Eksport merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun yang lebih kukuh berbanding import, naik dua digit sebanyak 17.9% kepada RM82.86 bilion. Ini merupakan eksport bulan Januari yang tertinggi dicatatkan setakat ini, mengatasi RM70.27 bilion direkodkan pada Januari 2017. Import berkembang 11.6% kepada RM73.15 bilion, menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM9.71 bilion. Lebihan dagangan ini adalah yang ke-243 bulan berturut-turut direkodkan sejak November 1997.

Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, jumlah perdagangan, eksport dan import masing-masing berkembang 3%, 4.4% dan 1.5%.

 

Muat turun:

Prestasi Perdagangan : Januari 2018