Trade Performance 2018

PRESTASI PERDAGANGAN 2018

Lebihan Dagangan Tertinggi sejak 2012 dengan Eksport Mencecah Hampir RM1 trilion pada tahun 2018

Jumlah perdagangan Malaysia pada tahun 2018 kekal mampan, berkembang sebanyak 5.9% kepada RM1.876 trilion, berbanding RM1.771 trilion pada tahun 2017, disokong oleh pertumbuhan eksport yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Walaupun dalam keadaan persekitaran ekonomi global yang tidak menentu, eksport meningkat 6.7% mencecah nilai RM998.01 bilion, melepasi unjuran pertumbuhan sebanyak 4.4% dalam Tinjauan Ekonomi 2019. Import meningkat 4.9% kepada RM877.74 bilion.

Lebihan dagangan meningkat 22.1% kepada RM120.27 bilion, mencatatkan kadar terpantas dalam tempoh 10 tahun dan lebihan dagangan yang tertinggi sejak 2012. Ini merupakan lebihan dagangan ke-21 tahun berturut-turut sejak tahun 1998.

 

Muat turun PDF:

Prestasi Perdagangan : Disember 2018 dan Januari - Disember 2018

Lebihan Dagangan ke-21 Tahun Berturut-turut

Jumlah perdagangan Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh pada November 2018, meningkat 3.2% kepada RM162.03 bilion berbanding bulan yang sama tahun lalu. Peningkatan dalam jumlah perdagangan dapat dilihat dengan

ASEAN, Taiwan, Perancis, Hong Kong SAR, Arab Saudi, Republik Korea (ROK), Russia, India dan Qatar.

Eksport mencatatkan pertumbuhan 1.6% tahun ke tahun kepada RM84.79 bilion pada November 2018, manakala import meningkat 5% kepada RM77.24 bilion. Ini menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM7.55 bilion, menurun 24%. Lebihan ini merupakan lebihan dagangan yang ke-253 bulan berturut-turut sejak November 1997.

Bagi perbandingan bulan ke bulan, jumlah perdagangan, eksport dan import masing-masing merekodkan penurunan sebanyak 8.2%, 12% dan 3.5%. Lebihan dagangan berkurang sebanyak 53.7%.

 

Muat turun PDF: 

Prestasi Perdagangan : November 2018 dan Januari - November 2018

Lebihan Dagangan Bernilai RM15.26 Bilion, Tertinggi Sejak Oktober 2008

Malaysia merekodkan jumlah perdagangan sebanyak RM150.83 bilion pada bulan September 2018, kenaikan sebanyak 2.3% berbanding September 2017. Peningkatan perdagangan dapat dilihat dengan rakan dagang utama seperti Hong Kong SAR, ASEAN, Taiwan, Australia, Arab Saudi dan Amerika Syarikat (AS).

Bagi perbandingan tahun ke tahun, eksport pada bulan September 2018 berkembang 6.7% kepada RM83.05 bilion, mengekalkan nilai bulanan melepasi paras RM80 bilion. Import Malaysia menyusut 2.7% kepada RM67.78 bilion. Lebihan dagangan mencatatkan peningkatan dua digit sebanyak 85.9%, mencapai nilai RM15.26 bilion, iaitu lebihan dagangan tertinggi dicatatkan sejak Oktober 2008. Lebihan ini merupakan lebihan dagangan yang ke-251 bulan berturut-turut sejak November 1997.

Bagi perbandingan bulan ke bulan, eksport dan lebihan dagangan masing-masing berkembang sebanyak 1.5% dan 846.3%. Manakala, jumlah perdagangan dan import masing-masing menyusut 6.9% dan 15.5%.

Jumlah perdagangan pada suku ketiga 2018 (S3 2018) berjumlah RM476.82 bilion, perkembangan sebanyak 5.7% berbanding S3 2017. Eksport pada suku ini bernilai RM251.01 bilion, 5.2% lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan import meningkat 6.3% kepada RM225.81 bilion. Lebihan dagangan bagi S3 2018 direkodkan dengan nilai RM25.2 bilion, turun 4.1% berbanding RM26.28 bilion yang dicatatkan pada S3 2017.

Berbanding S2 2018, jumlah perdagangan, eksport dan import masing-masing naik sebanyak 3%, 2.5% dan 3.7%, manakala lebihan dagangan turun 7.1%.

Bagi tempoh 9 bulan pertama tahun 2018, jumlah perdagangan berkembang 5.5% kepada RM1.382 trilion berbanding tempoh yang sama tahun 2017. Eksport tumbuh 6.3% kepada RM733.61 bilion manakala import naik dengan pertumbuhan yang lebih perlahan iaitu sebanyak 4.7% kepada RM647.89 bilion. Lebihan dagangan bagi tempoh ini meningkat 20.4% kepada RM85.72 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

 

Muat turun:

Prestasi Perdagangan : September 2018 dan Januari - September 2018

Eksport pada Oktober 2018 Catat Nilai Tertinggi, Melepasi RM90 bilion

Prestasi perdagangan Malaysia meneruskan momentum pertumbuhan positif pada bulan Oktober 2018, meningkat 14.8% kepada RM176.43 bilion berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan dalam jumlah perdagangan dapat dilihat dengan ASEAN, China, Taiwan, Hong Kong SAR, Australia, Republik Korea (ROK), Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), India dan Kesatuan Eropah (EU).

Eksport pada bulan Oktober 2018 mencatatkan satu pencapaian baru dengan pertama kali melepasi nilai RM90 bilion. Eksport mencatatkan nilai eksport bulanan yang tertinggi iaitu sebanyak RM96.38 bilion, meningkat 17.7% tahun ke tahun, mengatasi pertumbuhan import bagi tempoh dua bulan berturut-turut. Import kembali meningkat 11.4% kepada RM80.05 bilion berbanding penyusutan sebanyak 2.8% pada September 2018.

Lebihan dagangan meningkat 63.1% kepada RM16.32 bilion, merupakan lebihan dagangan tertinggi dicatatkan setakat ini. Lebihan ini merupakan lebihan dagangan yang ke-252 bulan berturut-turut sejak November 1997.

Bagi perbandingan bulan ke bulan, eksport, import dan jumlah perdagangan masing-masing merekodkan pertumbuhan dua digit sebanyak 16.2%, 18.2% dan 17.1%. Lebihan dagangan meningkat sebanyak 7.2%.

 

Muat turun:

Prestasi Perdagangan : Oktober 2018 dan Januari - Oktober 2018

 

Eksport Kekal Melepasi Paras RM80 Bilion

Malaysia merekodkan jumlah perdagangan sebanyak RM162.01 bilion pada bulan Ogos 2018, peningkatan kukuh 5.1% berbanding RM154.14 bilion yang dicatatkan pada Ogos 2017. Peningkatan perdagangan dapat dilihat dengan rakan dagang utama seperti China, Hong Kong SAR, Taiwan, Arab Saudi, Republik Korea (ROK), ASEAN, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).

Eksport pada bulan Ogos 2018 kekal melebihi paras RM80 bilion, mencatatkan nilai RM81.81 bilion, iaitu pengurangan marginal sebanyak 0.3% berbanding RM82.02 bilion yang direkodkan pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Import Malaysia merekodkan satu pencapaian baru iaitu RM80.2 bilion, peningkatan sebanyak 11.2% tahun ke tahun. Ini memberi kesan kepada penguncupan 83.7% dalam lebihan dagangan kepada RM1.61 bilion. Lebihan dagangan ini merupakan lebihan dagangan yang ke-250 bulan berturut-turut sejak November 1997.

Bagi perbandingan bulan ke bulan, import berkembang sebanyak 3%, manakala jumlah perdagangan, eksport dan lebihan dagangan masing-masing menyusut sebanyak 1.2%, 5% dan 80.7%.

Bagi tempoh 8 bulan pertama tahun 2018, jumlah perdagangan berkembang 6% kepada RM1.231 trilion berbanding tempoh yang sama tahun 2017. Eksport meningkat 6.3% kepada RM650.56 bilion manakala import meningkat dengan lebih perlahan iaitu sebanyak 5.6% kepada RM580.11 bilion. Lebihan dagangan bagi tempoh ini naik 11.9% kepada RM70.45 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

 

Muat turun:

Prestasi Perdagangan : Ogos 2018 dan Januari - Ogos 2018