Portal Rasmi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
MATRADE sentiasa menganjurkan seminar dan bengkel secara maya dan fizikal yang berfungsi untuk membimbing bakal pengeksport dan pengeksport sedia ada mengenai perkembangan dan peluang perniagaan di pasaran antarabangsa. Antara topik yang dianjurkan adalah seperti mendapatkan akses eksport, dokumentasi perdagangan, prosedur eksport dalam pasaran tertentu, membangunkan nama jenama, pembungkusan produk, pemasaran antarabangsa dan e-dagang
MATRADE juga menjalankan program latihan yang disasarkan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk membantu dalam transformasi daripada perusahaan jualan domestik ke peringkat antarabangsa. Program khusus juga dianjurkan untuk Syarikat Peringkat Pertengahan dan entiti peniagaan yang lebih besar bagi memastikan kumpulan sasar berkenaan menjadi lebih berdaya tahan dan mapan di peringkat antarabangsa.
Tumpuan utama program adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai kebolehcapaian pasaran, keperluan perdagangan global, amalan perdagangan, penjenamaan, peraturan import, produk antarabangsa dan piawaian alam sekitar, pembiayaan perdagangan dan keperluan pasaran. MATRADE juga bekerjasama dengan agensi lain, termasuk kumpulan sektor kerajaan dan swasta, institusi kewangan dan entiti perniagaan antarabangsa.
Mulai 1 April 2024, MATRADE akan memperkenalkan semula yuran penyertaan untuk Program Latihan Pengeksport. Kami menghargai sokongan berterusan anda dalam usaha kami untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pengeksport Malaysia melalui inisiatif latihan MATRADE.
Portal Program Latihan Pengeksport Baru merupakan sistem aplikasi yang telah ditambah baik dengan modul baharu yang lebih fleksibel, fungsi dan teknologi pelaporan yang lebih komprehensif yang selaras dengan keperluan ICT masa kini. Portal ini berfungsi dalam menguruskan dan menyimpan maklumat mengenai latihan, seminar, webinar atau bengkel yang dikenal pasti oleh MATRADE.
For enquiry, you can visit or contact:
Exporters Advisory & Training Unit
Level 2, Menara MATRADE,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur
Tel No: 03- 62077864/ 7870