Portal Rasmi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
Pengeksport yang berjaya juga memerlukan sokongan yang mereka boleh dapatkan. Ketahui bagaimana anda boleh menjadi sebahagian daripada program pembangunan dan bantuan kami.
Bagi syarikat yang baru mengeksport, MATRADE mempunyai tiga program intensif untuk mempercepatkan tahap kesediaan eksport untuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS). Program Pembangunan Pengeksport Wanita (WEDP), Program Pembangunan Pengeksport Belia (YEDP) and Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera (BEDP) merupakan kemudahan sokongan eksport untuk kumpulan sasaran dimana setiap satu disesuaikan khusus untuk meningkatkan pembangunan eksport dan prestasi melibatkan tiga kumpulan utama yang terdiri daripada Wanita, Belia dan Bumiputera. Statistik telah menunjukkan bahawa ketiga - tiga kumpulan ini dari segi sejarah menunjukkan tahap penyertaan eksport yang rendah di Malaysia.

Program Pembangunan Syarikat Tier Pertengahan (MTCDP) telah dibangunkan dan dilaksanakan pada tahun 2014. Ia merupakan program tersuai selama 9 bulan untuk Syarikat Tier Pertengahan (MTC) berorientasikan eksport di Malaysia, sama ada dalam sektor pembuatan atau perkhidmatan. Objektif utama MTCDP adalah untuk mewujudkan kelompok Syarikat Tier Pertengahan Malaysia yang berdaya saing di peringkat global serta berjaya sebagai juara di peringkat global dan serantau.
