Portal Rasmi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
Bagi syarikat yang baru mengeksport, MATRADE mempunyai tiga program intensif untuk mempercepatkan tahap kesediaan eksport untuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS). Program Pembangunan Pengeksport Wanita (WEDP), Program Pembangunan Pengeksport Belia (YEDP) and Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera (BEDP) merupakan kemudahan sokongan eksport untuk kumpulan sasaran dimana setiap satu disesuaikan khusus untuk meningkatkan pembangunan eksport dan prestasi melibatkan tiga kumpulan utama yang terdiri daripada Wanita, Belia dan Bumiputera. Statistik telah menunjukkan bahawa ketiga - tiga kumpulan ini dari segi sejarah menunjukkan tahap penyertaan eksport yang rendah di Malaysia.
Syarikat yang berminat dengan program khusus WEDP, YEDP dan BEDP boleh memohon terus dengan menghubungi unit berkenaan di talian yang tertera di bawah. Permohonan mesti dibuktikan dengan dokumen yang disahkan dan semua pemohon mesti memenuhi standard kriteria penyertaan. Syarikat yang telah berjaya disenarai pendek akan tertakluk kepada audit, temu duga dan penilaian oleh MATRADE sebelum pemilihan akhir.
MATRADE menggunakan model Exporters' Readiness and Capability Assessment (ERCA) untuk menilai syarikat untuk dipilih ke dalam program tersebut. Syarikat terpilih akan menjalani program tersebut selama tiga tahun.
Â
Dengan hormatnya MATRADE ingin memaklumkan kepada semua pengeksport Malaysia bahawa Program Pembangunan Eksport Bumiputera, Wanita dan Belia telah ditangguhkan sehingga pemberitahuan selanjutnya. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali.
| Program | Program Pembangunan Pengeksport Wanita (WEDP) | Program Pembangunan Pengeksport Belia (YEDP) | Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera (BEDP) |
|---|---|---|---|
| Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan | Wanita | Belia | Bumiputera |
| Ekuiti | Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% dimiliki oleh wanita |
Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% dimiliki oleh belia |
Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% dimiliki oleh Bumiputera |
| Status Syarikat |
|
||
| Local Business Presence |
|
||
| Sektor Industri |
Terbuka. Sama ada barangan atau perkhidmatan |
||
WEDP ialah program sokongan eksport tiga tahun disasarkan untuk pengeksport wanita. WEDP bermula pada tahun 2005 dengan matlamat untuk menggalakkan syarikat milik wanita yang berdaya saing dan mampan untuk mengembangkan eksport produk dan perkhidmatan mereka.
Secara ringkas, kriteria kelayakan termasuk syarikat milik wanita di mana majoriti atau sekurang-kurangnya 51 peratus ekuiti dipegang oleh wanita. Ketua Pegawai Eksekutif dan/atau Pengarah Urusan mestilah wanita. Keperluan lain termasuklah diklasifikasikan sebagai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), telah beroperasi selama sekurang-kurangnya tiga tahun, telah mencapai level of market visibilitydi dalam negara, dan mempunyai premis perniagaan tetap atau tempat pembuatan.
Syarikat yang disenarai pendek akan diaudit dan dinilai oleh jawatankuasa yang terdiri daripada TERAJU, PUNB, MARA, MITI dan MATRADE. Penilaian adalah berdasarkan audit, temuramah dan markah berdasarkan model Exporter's Readiness and Capability Assessment (ERCA).
Program tiga tahun khusus dan disasarkan untuk belia, antara umur 20 hingga 40 tahun, yang berminat atau sudah terlibat dalam eksport. YEDP merangkumi pelbagai sektor tetapi memberi pertimbangan khusus kepada 'soft export' daripada industri kreatif seperti seni, muzik, fesyen, gaya hidup, kraf, reka bentuk dan lain-lain. Program ini merupakan program baru dan telah dimulakan pada 2014.
BEDP ialah satu lagi program sokongan eksport khusus yang disasarkan untuk syarikat Bumiputera. Dimulakan pada tahun 2004, ia hampir sama dan diuruskan mengikut barisan yang sama seperti WEDP dan YEDP. Ia juga merupakan program tiga tahun dengan objektif untuk mengembangkan pengeksport Bumiputera yang berdaya saing dan mampan.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh mengunjungi atau menghubungi:
Unit Perusahan Mikro Kecil & Sederhana
Tingkat 2, East Wing, Menara MATRADE

Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
Tel: +03-6207 7077
Khairul Ridzman Khairul Anwar ( Librarian )
Zalipah Kassim ( Chief Librarian Assistant )